Thursday, September 28, 2023
HomePanduanPanduan & Cara Mengisi Permohonan i-Citra KWSP Secara Online

Panduan & Cara Mengisi Permohonan i-Citra KWSP Secara Online

Sebelum anda membuat permohonan i-Citra KWSP, anda dinasihatkan membaca panduan dan cara mengisi dengan teliti agar tidak berlaku kesalahan sekaligus menjadikan permohonan anda ditolak oleh pihak KWSP.

Sebagai makluman dan peringatan, tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat. 

Syarat-syarat kelayakan permohonan i-Citra KWSP

  • Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bawah layak memohon.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Berikut adalah Panduan Step By Step untuk permohonan pengeluaran i-Citra KWSP :-

Buka laman portal i-Citra online

Pastikan alamat laman web adalah betul sebagaimana berikut;

https://icitra.kwsp.gov.my/

Klik pada PERMOHONAN

Klik pada butang permohonan. Kemudian baca notis penting yang memaparkan nota penting sebelum permohonan i-Citra dibuat. 

Masukkan Nombor OTP

Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password).

OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dengan KWSP.

Amaun Pengeluaran

Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN

  • Klik untuk memohon RM5000, klik teruskan.
  • Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2)
  • Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.

Jadual Pengeluaran

Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN

  • Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan.
  • Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.

Maklumat Permohonan i-Citra KWSP

Sila masukkan  maklumat anda dengan tepat.

  1. Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
  2. Isikan nombor MyKad
  3. Isikan nombor telefon bimbit
  4. Isikan alamat email
  5. Isikan alamat rumah
  6. Isikan poskod
  7. Isikan bandar
  8. Pilih negeri
  • Pastikan No Akaun Bank anda betul.
  • Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betul.
  • Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Pilih alasan yang disukai)

Pengesahan Permohonan i-Citra KWSP

Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank.

Pastikan amaun pengeluaran anda adalah sebagaimana yang dipilih.

Jadual Bayaran

Semak sekali lagi jadual bayaran anda dari bulan pertama hingga bulan ke lima.

Terma dan Perakuan

Sila baca terma dan perakuan dan tandakan pada kotak berkenaan.

Cetak & Simpan Rekod anda

Sila cetak dan simpan rekod permohonan anda kerana laman tersebut akan dipaparkan sekali sahaja dan tidak boleh diakses semula. Cetak dan simpan di tempat yang mudah dicari sebagai rujukan pada masa hadapan.

Video Panduan Pengguna i-Citra Online – Permohonan

RELATED ARTICLES

Most Popular