Friday, March 29, 2024
HomePanduanCara Permohonan Surat Kebenaran Bekerja MITI Semasa PKP 3.0

Cara Permohonan Surat Kebenaran Bekerja MITI Semasa PKP 3.0

Dalam sidang media MKN pada 30 Mei 2021, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa semua surat kebenaran perjalanan bekerja yang dikeluarkan MITI sebelum ini hanya sah digunakan sehingga 31 Mei sahaja.

Bermula 1 Jun 2021, surat kebenaran bekerja perlu diperbaharui melalui kementerian berkaitan yang diselaraskan oleh MITI setelah mendapat pengesahan daripada kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan. Ia boleh digunakan sehingga tamat tempoh PKP 3.0 iaitu 28 Jun 2021.

Sehubungan dengan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal CIMS 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

Bagi syarikat yang sudah mendaftar dengan dengan portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0, boleh memuat turun surat kelulusan yang baharu di portal tersebut. Manakala yang belum mendaftar, perlu membuat pendaftaran baharu.

Permohonan Surat Kebenaran Bekerja Bagi 17 Sektor Perkhidmatan Perlu yang Dibenarkan Beroperasi

Syarikat perlu mengemukakan surat kebenaran bekerja yang baharu kerana surat kebenaran sebelum hanya sah digunakan sehingga 31 Mei 2021 sahaja.

Surat kelulusan bekerja ini dikeluarkan oleh majikan masing-masing melalui sistem CIMS (3.0) yang dikemaskini bersesuaian dengan PKP 3.0.

Dengan adanya surat ini ia akan  memudahkan urusan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dikuatkuasakan di seluruh negara. Tanpa surat ini pekerja mungkin diarahkan berpatah balik.

Senarai Kementerian dan Agensi yang diuruskan secara bersama di bawah MITI

Platform CIMS 3.0 dimanfaatkan 18 Kementerian/Agensi bagi pemprosesan permohonan syarikat-syarikat di dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi.

Sumber: MITI Malaysia
Sumber: MITI Malaysia

Muat Turun (Download) dan Kemaskini Surat Kebenaran Bekerja MITI melalui CIMS 3.0

Bagi syarikat-syarikat yang sudah mendaftar dengan CIMS sebelum ini boleh memuat turun (download) surat kebenaran ini mulai 30 Mei 2021.

Untuk mencetak surat kebenaran beroperasi bagi sektor yang dibenarkan dalam PKP 3.0 MITI, klik pautan “Borang Notifikasi”, kemudian klik “Notifikasi Beroperasi”.

Anda akan lihat senarai permohonan operasi yang anda telah hantar sebelum ini.

Jika anda mahu, anda boleh kemaskini senarai pekerja dengan menekan butang “Kemaskini”.

Klik butang “Papar” untuk melihat permohonan yang anda telah hantar.

Tekan butang “Cetak” untuk mencetak surat kebenaran beroperasi dan ini adalah hanya terhad kepada syarikat dalam sektor yang dibenarkan sahaja.

Cara Pendaftaran Syarikat bagi Memohon Kebenaran Untuk Beroperasi Melalui Sistem CIMS 3.0 (Essential Services)

Bagi sektor perkhidmatan perlu (essential service) yang ingin beroperasi semasa Total Lockdown Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dijalankan, anda perlu membuat pendaftaran syarikat di Covid-19 Intelligent Management System (CMS 3.0) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagi syarikat yang kali pertama pertama anda mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan beroperasi dan memuat turun surat kelulusan beroperasi.

Semua syarikat hendaklah terlebih dahulu mewakilkan seorang pegawai syarikat mengisi borang makluman melalui https://notification.miti.gov.my/register

Syarikat perlu membaca dan memahami SOP sebelum mendaftarkan profil.

Sila klik check box untuk mengesahkan anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Seterusnya isikan nama, email, nombor kad pengenalan, kata laluan dan butiran lain untuk mendaftarkan profile anda.

Anda juga perlu isikan salah satu nombor pengilang, nombor pendaftaran SSM atau nombor ahli badan profesional.

Anda akan dibawa ke laman dashboard profil anda. Di sini anda boleh mengubah butiran profil anda, membuat notifikasi dan menghantar Laporan Mingguan Pematuhan SOP.

Sebelum menghantar notifikasi baharu, anda perlu memuat turun template muat naik senarai pekerja.

Isikan templat ini menggunakan perisian Microsoft Excel dan simpan untuk langkah-langkah seterusnya nanti.

*Anda dinasihatkan untuk tidak memulakan proses pendaftaran seterusnya sehingga templat ini telah diisi.

Masukkan nama, taraf warga negara dan nombor kad pengenalan/passport bagi setiap pekerja yang akan hadir dipremis untuk operasi syarikat.

Langkah-langkah Untuk Memulakan Proses Pendaftaran

Pilih pautan “Borang Notifikasi”, diikuti oleh “Notifikasi Beroperasi” dan klik “Daftar Notifikasi Baru”. (rujuk pada gambar di bawah)

Di sini, anda perlu mengisi semua butiran permohonan anda seperti;

Pertama: Maklumat Pendaftaran Syarikat

  1. Nama Syarikat
  2. Nombor SSM baru/lama
  3. Nombor Lesen Agensi Tempatan
  4. Nama Agensi Tempatan
  5. Nombor Lesen Agensi Kawal Selia
  6. Tarikh diperbadankan

*jika anda tidak tidak dapat mengisi sebarang nombor pendaftaran di atas, sila klik pada “Check box” untuk memaklumkan sistem bahawa anda tidak dapat berdaftar.

Kedua: Isikan Alamat Surat Menyurat

Alamat ini akan yang akan digunakan untuk komunikasi secara pos atau email.

Ketiga: Alamat Operasi

Kemudian masukkan alamat, poskod, nombor lesen, dan rujukan setiap lokasi yang ingin anda daftarkan dalam permohonan ini.

Klik butang tambah lokasi bagi setiap lokasi yang ingin didaftarkan.

Anda boleh mengisi sehingga 10 lokasi dalam setiap permohonan dan anda perlu membuat pendaftaran tambahan sekiranya ingin mendaftar lebih banyak lokasi.

Keempat: Semakan Status PKS

Nyatakan jenis perniagaan syarikat PKS anda dengan memilih check box yang berkaitan samaada pembuatan atau perkhidmatan.

Anda tidak boleh meneruskan pengisian borang sekiranya langkah ini tidak dilakukan.

Kelima: Anggaran Pendapatan 3 Tahun Terkini

Nyatakan pendapatan syarikat dan jumlah pekerja terkini bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

Keenam: Kluster Aktiviti Ekonomi

Tentukan segmen aktiviti ekonomi anda. Selepas itu pilih sektor yang berkaitan syarikat anda.

Jika sektor anda tidak tersenarai, anda boleh memilih kluster yang berlainan.

Namun surat kelulusan beroperasi hanya boleh dimuat turun syarikat di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

Isikan maklumat lanjut mengenai syarikat anda di bawah ruangan produk dan aktiviti perniagaan.

Ketujuh: Maklumat Untuk Dihubungi

Seterusnya, isikan butiran bagi pegawai syarikat yang akan dihubungi. Semua komunikasi akan dihantar kepada pegawai ini.

Kelapan: Jadual Pecahan Pekerja Semasa

Kemudian, isi jadual pecahan pekerja semasa berdasarkan skop kerja serta taraf kewarganegaraan bagi semua warga kerja di dalam syarikat anda.

Setelah itu, sila rujuk semula templat senarai pekerja yang dimuat turun pada peringkat awal tadi sebagaimana contoh gambar di bawah.

Muat naik fail ini, klik simpan dan terus.

Anda akan dapat melihat rumusan kesemua yang anda telah isikan. Jika semua maklumat adalah betul dan tepat, pilih check box bagi pengesahan maklumat yang diberikan.

Ingat, pengesahan ini adalah satu pengisytiharan dan terikat dengan undang-undang. Sebarang deklarasi dan maklumat palsu adalah kesalahan undang-undang.

Klik “hantar notifikasi bagi melengkapkan notifikasi anda.

Permohonan anda kini telah selesai. Segala maklumat yang anda hantar akan disahkan oeh pihak MITI.

Bagi permohonan yang berjaya akan disahkan sistem melalui status LULUS apabila anda kembali ke muka hadapan.

Senarai Sektor Pembuatan Dan Perkhidmatannya Yang Berkaitan (MITI) Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Pkp Bermula Dari 1 – 14 Jun 2021

Siaran media MITI bertarikh 30 Mei 2021 memaklumkan senarai sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang dibenarkan beroperasi ketika PKP 3.0 yang akan berkuatkuasa mulai 1-14 Jun 2021 dengan Prosedur operasi standard (SOP) semasa mengenai kapasiti tenaga kerja dikekalkan pada kadar 60 peratus.

Kapasiti (60% pekerja):

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan
  4. Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
    peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Produk kimia
  11. Mesin dan peralatan
  12. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan
    bahan api dan pelincir

Siapsiaga (warm idle) (10% pekerja):

  1. Automotif (kenderaan dan komponen)
  2. Besi dan Keluli
  3. Simen
  4. Gelas
  5. Seramik

Bagi sektor-sektor lain, anda boleh merujuk laman web atau Facebook Kementerian masing-masing untuk mengetahui SOP dan jenis sektor khusus yang dibenarkan beroperasi.

Tarikh Kemaskini: 12 Jun 2021.


Lihat juga senarai sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika “total lockdown” 1-28 Jun 2021.

RELATED ARTICLES

Most Popular