Friday, March 29, 2024
HomePanduanCara Membuat Aduan Kenaikan Harga Barangan Bersempena Raya 2021

Cara Membuat Aduan Kenaikan Harga Barangan Bersempena Raya 2021

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan Penentuan Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 dan juga cara membuat Aduan bagi Harga Barangan bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ia sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang akan disambut pada 13 Mei 2021 di seluruh negara.

KPDNHEP turut menyenaraikan  12 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa a (SHMMP) 2021  ini. Kategori barangan harga terkawal adalah terdiri daripada ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Sementara itu juga terdapat terdapat 8 saluran aduan peniaga yang menaikkan harga barangan bersempena hari raya yang akan berkuat kuasa selama 30 hari bermula 21 April 2021 hingga 20 Mei 2021.

Senarai Barangan dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 

Senarai barangan dan harga bagi SHMMP HARI RAYA PUASA 2021 adalah seperti berikut:

  1. Ayam hidup 
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) 
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) 
  4. Daging lembu tempatan (*Harga maksimum di Semenanjung dan Sabah sahaja) 
  5. Daging lembu import (*Harga maksimum di Sarawak sahaja) 
  6. Daging kerbau import (*Harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan sahaja) 
  7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji) 
  8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) 3 
  9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) 
  10. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) 
  11. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) 
  12. Ikan aya/tongkol (berat antara 1 ekor hingga 2 ekor setiap kilogram)

Berdasarkan skim di atas, harga maksimum pengeluar, borong dan runcit yang ditentukan adalah bersesuaian dengan kos semasa dan trend harga semasa.

KPDNHEP menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan kepada maklumat harga dari punca-punca berikut: 

  1. Pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang tahun 2020 dan pada bulan Januari sehingga April 2021 berdasarkan kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; 
  2. Pandangan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ; dan 
  3. Makulmat dari pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan tersebut. 

Penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Cara Membuat Aduan Peniaga Menaikkan Harga Barangan bersempena Hari Raya

Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim di atas, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui cara berikut: 

  1. Portal [email protected] 
  2. Call Centre 1800 886 800 
  3. Emel [email protected] 
  4. Aplikasi telefon pintar Ez ADU 
  5. Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088 
  6. Talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) 
  7. Whatsapp ke 019- 279 4317 
  8. Lapor/hadir ke mana-mana 72 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara.

Sebagai pengguna anda mempunyai hak untuk melaporkan kenaikan harga barangan yang melampau agar peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sesuka hati. 

Denda Kesalahan Di Bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 

Sekiranya peniaga dengan sengaja menaikkan harga tanpa alasanalasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi yang berlebihan, Kementerian boleh bertindak di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018 yang mula kuatkuasa pada 6 Jun 2018.

Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut: 

  1. Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum: 
    1. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan 
    2. Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000; 
  2. Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal: 
    1. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan 
    2. Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Kenyataam Media KPDNHEP


Ketahui tarikh akhir pengeposan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2021.

RELATED ARTICLES

Most Popular