Permohonan & Kebenaran Penjaja Kecil Berniaga PKP 3.0 (1-14 Jun)

1
260
Permohonan & Kebenaran Penjaja Kecil Berniaga PKP 3.0 (1-14 Jun)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamarudin dalam satu kenyataan medianya pada 2 Jun 2021 memaklumkan semua penjaja kecil diberi kebenaran berniaga dan beroperasi sepanjang tempoh “Total Lockdown” 1-14 Jun 2021.

Ini berdasarkan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai sektor ekonomi di bawah perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan.

Dalam pengumuman tersebut, sektor ekonomi yang melibatkan makanan dan minuman merupakan antara perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh yang demikian, bagi peniaga atau penjaja kecil yang ingin beroperasi sepanjang tempoh tersebut, beberapa maklumat di bawah perlu difahami bagi memudahkan urusan perniagaan.

Adakah Penjaja Kecil Perlu Mendapat Permit Penjaja Melalui CIMS 3.0 MITI?

Sumber: FACEBOOK MENTERI KPKT

Bagi penjaja kecil di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara, mereka tidak perlu untuk mendapatkan kelulusan melalui CIMS, memadai hanya dengan menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT.

Bagaimana bagi penjaja yang lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah?

Sekiranya lokasi perniagaan mereka melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan. 

Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu. Keputusan ini adalah berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP 3.0.

Semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Waktu Operasi Bagi Penjaja Menjalankan Perniagaan

Sumber MKN – PKP 3.0: RINGKASAN SOP PKP MKN (DIBENARKAN) BERMULA 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021

Waktu yang dibenarkan beroperasi adalah antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam yang melibatkan senarai berikut;

  1. Restoran, 
  2. Kedai makan, 
  3. Gerai makan, 
  4. Kenderaan bersaji (food truck), 
  5. Penjaja tepi jalan, 
  6. Penjaja beredar, 
  7. Medan selera, 
  8. Pusat penjaja,
  9. Gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah
    Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja.

Aktiviti Perniagaan Yang Tidak Dibenarkan Beroperasi

Sementara itu, KPDNHEP menyenaraikan antara jenis perniagaan yang TIDAK DIBENARKAN beroperasi sepanjang tempoh PKP (Total Lockdown Fasa Pertama) 

  1. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori (termasuk kasut, selipar, beg, topi, stoking dan lain-lain); 
  2. Kedai perabot
  3. Kedai barang kemas
  4. Kedai elektrik dan elektronik
  5. Kedai buku & alat tulis:
  6. Kedai aksesori kenderaan
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pusat cuci kereta
  9. Kedai gunting rambut dan salun
  10. Kedai barang fotografi / perkhidmatan fotografi
  11. Kedai barangan terpakai
  12. Kedai bunga/nurseri
  13.  Kedai kraftangan dan cenderahati:
  14. Kedai antik:
  15. Kedai alat permainan;
  16. Kedai permaidani:
  17. Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian;
  18. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif,
  19. Pusat kecantikan;
  20. Kedai outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain);
  21. Kedai peralatan sukan;
  22. Barangan rumah dan peralatan dapur (termasuk jubin, wall paper, langsir dan lain-lain);
  23. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; dan
  24. Kedai tembakau (termasuk vape / rokok elektronik).

Sila lihat maklumat lanjut dalam Siaran Media yang dikeluarkan oleh KPDNHEP bertarikh 31 Mei 2021

1 COMMENT

Comments are closed.