Wednesday, April 24, 2024
HomeMutiara KataKoleksi Kata-kata Mutiara Farith Ismeth Emir Yang Boleh Dihayati Bersama

Koleksi Kata-kata Mutiara Farith Ismeth Emir Yang Boleh Dihayati Bersama

Penyampai berita veteran RTM, Farith Ismeth Emir amat terkenal di seluruh negara melalui pembacaan beritanya sama ada melalui slot  “Dunia Jam 10″ mahupun” Bes Dunia” pada jam 11 Malam. 

Namun, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 20 April 2020 di Hospital Assunta Petaling Jaya. (Al-Fatihah). 

Sepanjang kariernya, beliau terkenal dengan cara dan perwatakan menyampaikan berita dunia. 

Apa yang lebih menarik, beliau akan mengakhiri setiap bacaan beritanya dengan kata-kata hikmah atau kata-kata mutiara yang cukup berharga. 

Beliau juga akan mengungkapkan “fikir-fikirkanlah” selepas kata-kata tersebut untuk dihayati bersama. 

Kami sempat mengutip beberapa kata-kata hikmah yang pernah disampaikan daripada laman youtube beliau.

1. Ada masanya senyuman dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun berdiam diri dapat menjauhi masalah juga.

2. Ada orang hanya pandai bercakap. Dan ada orang hanya pandai bekerja. Oleh itu tidak semua orang,  tidak semua orang pandai bercakap, pandai juga bekerja. 

3. Amatlah besar dosa seseorang yang menghebahkan apa sahaja yang didengarnya tentang keburukan orang lain. Oleh itu jangan diamalkan. 

4. Anda tidak perlu berhasrat menjadi wira, kerana wira dilahirkan dari semangat bukannya dari mimpi. 24 Ogos 2016.

5. Apa sahaja yang anda lakukan, buruk ke baik ke. Bagi orang lain, akan sentiasa ada ruang untuk mencerca anda. 

6. Apabila anda ditimpa musibah, bersabarlah. Tuhan sengaja menguji kesabaran anda yang pasti ada ganjarannya jika anda bersabar.

7. Apalah erti tahun baru, jika tanpa semangat baru. 

8. Bukanlah kesabaran namanya kalau masih mempunyai ukuran. Dan bukanlah keiklhlasan namanya kalau masih mahukan balasan. 

9 Demi sebuah kejayaan yang berkekalan, anda bukan hanya perlukan bakat atau kemampuan menyelesaikan masalah. Tetapi yang paling penting adalah disiplin yang tinggi.

10. Doa dan ikhtiar adalah satu pakej. Kalau setakat berdoa sahaja tanpa ikhtiar tidak akan merubah nasib anda. 28 September 2016

11. Gunakan waktu anda semaksima mungkin. Maka di hari tua, anda tidak akan mengatakan “seandainya aku masih muda” 23 september 2016.

12. Hidup kita akan terasam manis, jika kita fikirkan sedemikian… Ia menjadi pahit, jika kita fikirkan pahit. 

13. Ikan di laut, asam di darat. Dalam kuali bertemu juga. Sedarkah anda ikan dan asam sebaik-baiknya jangan diketemukan kerana pertemuan mereka hanyalah untuk kehancuran. 

14. Jangan hina permulaan seseorang, kerana kita tidak tahu, pengakhirannya. 

15. Jangan kesal kalau anda tersesat jalan, sekurang-kurangnya anda menemui tempat baru atau jalan baru dalam pengembaraan anda.

16l Jika seseorang mahu bersama anda, tidak ada yang dapat menghentikan mereka kerana cinta tidak akan mencipta alasan.

17. Kalau anda gagal dalam pendidikan di sekolah, tidak seharusnya menjadi punca kegagalan hidup anda kerana kehidupan selepas era persekolahan membuka lebih banyak peluang untuk “suksess” 17 Ogos 2016.

18. Kebanyakan orang mencari kebahagiaan di luar dirinya. Ini adalah satu kesalahan besar kerana kebahagian sejati ada dalam diri kita. 23 Oktober 2016.

19. Kerisauan tidak akan membawa pergi masalah hari esok, tetapi ia akan melenyapkan kedamaian hari ini.

20. Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang tidak tahu apa-apa.

21. Menegur jangan sampai menghina. Mendidik jangan sampai mengherdik. Meminta jangan sampai memaksa. Memberi jangan sampai mengungkit. Biarlah terus kita menjadi permata tetap  bersinar walau terselindung dalam debu. 21 Oktober 2016.

22. Orang yang benar-benar tahu menggunakan akal fikiran, dapat memikirkan akibat daripada setiap tindakannya. Bukan sekadar memikirkan cara bertindak. 17 September 2016.

23. Orang yang kerjanya mengumpul harta sepanjang hayat kerana takut miskin, maka itulah sebenarnya miskin. 

24. Orang yang sombong, bagaikan orang yang berdiri di puncak gunung. Dia melihat orang lain kecil. Sebaliknya orang lain juga melihat dia kecil. 

25. Tiada jalan singkat untuk tiba ke destinasi, meskipun dekat. Setiap perjalanan mesti melibatkan langkah demi langkah. 

26. Tidak perlu menjelaskan siapa diri anda kepada orang yang tidak suka anda, dan tidak perlu memberi keyakinan kepada orang yang tidak mempercayai anda. Yang penting jelas dan yakinlah dengan diri anda sendiri.


Jom baca juga 9 personaliti Dr Noor Hisham Abdullah yang boleh kita contohi.


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular