Dr Noor Hisham Abdullah, individu yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia setiap petang.
Ini kerana beliau akan melaporkan perkembangan semasa kes Covid-19 di seluruh negara.
Dengan wajah yang tenang serta sikap yang merendah diri, beliau kini menjadi idola dan inspirasi bagi kita semua.
Keperibadian dan personaliti yang ditunjukkan beliau wajar dicontohi oleh semua orang.
Jom kita tengok, 9 personaliti beliau yang wajar kita contohi.
1) Menepati Masa

Setiap hari, sama ada jam 5.00 atau 5.30 petang, beliau akan berada tepat pada waktunya di hadapan kamera dan para wartawan bagi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadual sidang media KKM ini akan dimaklumkan dahulu sama ada melalui laman Facebook KKM sendiri ataupun beberapa laman rasmi kerajaan Malaysia yang lain.
Kepepatan masa yang ditunjukkan Dr Noor Hisham merupakan satu yang kita boleh contohi dalam kehidupan seharian.
Beliau tidak membuatkan para wartawan dan mahupun rakyat Malaysia ternanti-nantikan kemunculan beliau di hadapan kaca TV.
2) Sentiasa Berterima Kasih
Tidak lekang daripada bibir beliau dengan ucapan terima kasih. Sama ada sebelum membaca laporan mahupun selepas sesi sidang media dijalankan.
Dr Noor Hisham juga akan mengucapkan terima kasih kepada setiap soalan daripada wartawan yang bertanya kepadanya.
Bahkan beliau sentiasa menghargai semua barisan hadapan negara dengan ucapan terima kasih dalam setiap sesi sidang media yang dijalankan.

Betapa pentingnya ucapan terima kasih ini yang kita boleh contohi bagi menghargai penat lelah seseorang dalam menjalankan tugas mereka.
3) Sikap Merendah diri
Selain itu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini merupakan seorang yang sangat “humble” dan berdedikasi tinggi.
Penampilan beliau yang bersahaja dan selalu merendah diri dalam menjalankan tanggungjawab diumpamakan seperti “resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.”
Pernah wartawan bertanya mengenai perasaannya apabila diberi gelaran ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial, beliau menjawab dengan penuh perasaan merendah diri.
“Pada saya tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita (Kementerian Kesihatan),”
Begitu juga apabila ditanya seorang wartawan tentang pengiktirafan China Global TV sebagai antara 3 doktor terbaik dunia dalam mengendalikan Covid-19, dengan rendah dirinya beliau menjawab:
“pengiktirafan tu bukan untuk saya tapi negara”
Dari sini kita dapat lihat beliau tidak menghiraukan langsung pujian serta penghargaan terhadapnya
Jelas, sikap rendah diri ini merupakan satu keikhlasan yang perlu kita contohi dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan.
4) Tenang dan Teliti Ketika Menjawab Setiap Persoalan Media

Sesuatu yang sentiasa dikagumi ramai dengan personaliti Dr Noor Hisham Abdullah adalah beliau sentiasa tenang dalam menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh pihak media.
Penampilan yang tenang, jelas dan meyakinkan dalam menyampaikan maklumat serta fakta yang kukuh adalah penting dalam mengurangkan kerisauan rakyat terhadap wabak pandemik ini.
Beliau juga berusaha sedaya upaya cuba memberikan maklumat telus agar segenap lapisan masyarakat dapat memahami situasi terkini wabak Covid-19 di Malaysia.
Jujurnya, ketenangan yang ditonjolkan beliau ini memang kita perlu contohi dalam kehidupan seharian bagi memastikan tindakan kita tidak tergopoh gapah dalam sebarang tindakan.
5) Mendidik Dengan Kasih Sayang
Selain itu juga Dr Noor Hisham mendidik setiap lapisan masyarakat dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Apabila seorang kanak-kanak bernama Lara Khadijah mengutus surat kepada beliau bagi menghargai jasa beliau dan barisan hadapan negara, beliau membalasnya dengan penuh kasih sayang.
Walaupun Dr Noor Hisham sibuk menangani isu berkaitan Covid-19, beliau sempat mengambil peluang membalasnya seta menghargai kata-kata Lara Khadijah.
Apa yang menariknya, pada tandatangan surat tersebut, Dr Noor Hisham menulis “Your New Friend” menunjukkan kemesraan mereka berdua dalam berutus surat.
Sesungguhnya Lara adalah lambang generasi akan datang yang sentiasa menghargai jasa seseorang dengan penuh kasih sayang.
Dr Noor Hisham pula mendidik dengan penuh hikmah dan kasih sayang untuk generasi akan datang.
Generasi akan datang bergantung kepada cara kita mendidik anak-anak pada masa sekarang.
6) Kerja Berpasukan

Dr Noor Hisham mengamalkan sikap kerja berpasukan yang tinggi sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Dalam sidang media setiap hari, beliau akan sentiasa memperkenalkan pembantu beliau sebelum memulakan taklimat terkini Covid-19 di Malaysia
Beliau juga sentiasa menghargai pihak kerajaan sebagai pasukan utama dalam membanteras wabak ini di Malaysiia.
Dalam salah satu sidang media Covid-19, beliau berkata;
Pembuat keputusan bukan saya, tetapi Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), contohnya, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) adalah dilaksanakan Perdana Menteri, kita sekadar nasihat,”
Sikap kerjasama dan kerja berpasukan ini adalah tunjang utama yang perlu kita contohi dalam melaksanakan sesuatu tugas dan amanah terutamanya yang melibatkan negara.
7) Bersedia Dengan Setiap Soalan Yang Ditanya

Jika anda perasan, Dr Noor Hisham sentiasa menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh para wartawan melalui fakta-fakta yang kukuh dan meyakinkan.
Selain itu, beliau sentiasa bersedia dengan persoalan yang dikemukakan oleh mereka. Bahkan beliau tidak pernah jemu menjawab soalan yang hampir sama ditanya setiap hari.
Kita juga perlu kagum dengan beliau yang dapat mengingati sejumlah fakta dan bilangan kes apabila di tanya.
Ini menunjukan keseriusan beliau terhadap tanggungjawab yang di amanahkan kepada beliau.
8) Profesionalisme dan Budaya Kerja Tinggi
Sikap profesionalisme dan budaya kerja yang tinggi sentiasa diamalkan oleh Dr Noor Hisham.
Ini dapat dilihat apabila beliau belum lagi gagal membuat posting di Twitter dan Facebook @DGhisham walaupun pada lewat malam bagi memberikan maklumat terkini berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia.
Bahkan juga kita dapat lihat setiap hari tanpa cuti beberapa bulan ini beliau akan sentiasa melaporkan situasi di media tanpa mengira waktu dan hari kerja rasmi.
Sikap profesionalisme yang ditunjukkan beliau juga dapat dilihat apabila wartawan yang bertanya dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.
Apabila ditanya dalam Bahasa Melayu, beliau akan menjawab dalam Bahasa Melayu dan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris beliau menjawab dalam bahasa Inggeris.
Beliau tak pernah mencampur adukkan bahasa dalam menjawab pertanyaan wartawan..
Begitulah sikap beliau yang professional yang wajar kita inspirasikan dalam kehidupan seharian.
9) Memotivasikan Rakan Pasukan
Dalam menangani wabak pandemik ini, sudah pastilah pelbagai cabaran perlu ditempuhi terutamanya staf-staf kesihatan di bawah jagaan beliau.
Antara cabaran utama adalah keletihan yang berpanjangan dan terdedah kepada tekanan atau stress.
Namun, beliau mengambil sikap yang proaktif dengan terus memberi semangat terhadap barisan kesihatan negara mendepani situasi sekarang.
Dalam memberi semangat kepada pasukan kesihatan mendepani wabak Covid19, beliau mencatatkan motivasi berikut di laman Facebooknya.
Sebagai Kesimpulannya, sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah wajar kita contohi dalam kehidupan seharian. Sikap merendah diri, menepati masa, profesionalisme dan sebagainya adalah antara personaliti yang perlu ada pada semua orang.
Jom baca juga 7 fakta menarik tentang beliau.
BACA JUGA: 6 Fakta Menarik Tentang Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia Yang Baharu (2020)
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI