Lagenda badminton no 1 negara Datuk Lee Chong Wei merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mematuhi arahan pihak atasan dengan hanya perlu duduk di rumah.
Beliau melalui akaun Instagramnya menceritakan pengalamannya membeli belah ketika situasi “panic buying” beberapa hari lepas.
Ketika isterinya Mew Choo menyuruh membeli barangan keperluan, hanya satu yang beliau tak dapat beli iaitu tisu tandas.
BACA JUGA: Apa Yang Perlu Dibeli Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Berlaku?
Dalam keadaan kelam kabut di pasaraya tersebut, Chong Wei dapati seorang pemuda depannya yang memborong sehingga 10 beg tisu tandas. Dengan nada yang gurau, beliau menulis;
“banyaknya Jubur kat rumah”.
Namun apa yang lebih penting melalui postingnya, Datuk Lee Chong Wei memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar duduk di rumah sahaja dan jangan keluar buat sementara ini.
“Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat.”
Chong Wei juga pada amat berterima kasih kepada barisan hadapan negara para doktor, Jururawat , kakitangan hospital dan juga penjaga kaunter pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini.
” Terimalah tunduk kehormatan dari saya!” ucap Chong Wei.
Oleh itu cara terbaik untuk kita membalas budi mereka adalah #stayathome
Sementara itu pula Neelofa melalui twitternya menyatakan kita akan lebih patriotik sekiranya hanya duduk dirumah pada waktu dan saat genting ini.
Dalam pada itu juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama merayu kepada semua rakyat Malaysia agar duduk dirumah sahaja.
Selain itu, Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat jangan menggunakan tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan untuk bersuka-ria termasuk melepak di kedai makan
Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis kenduri perkahwinan pula, diminta untuk membatalkan kenduri majlis perkahwinan kerana ia termasuk dalam Peraturan Kawalan Pergerakan.
Seandainya rakyat masih berdegil, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rantaian jangkitan tidak terputus dalam tempoh dua minggu ini.
Ayuh semua rakyat Malaysia berganding bahu patuhi arahan #stayathome. Kita doakan agar wabak ini berakhir dengan segera.
BACA JUGA: 7 Perwatakan Agong dan Raja Permaisuri Yang Menjadi Inspirasi Rakyat Malaysia