Kerajaan telah putuskan untuk laksana perintah kawalan pergerakan bermula 18-31 Mac 2020.
Dalam pengumuman yang dibuat oleh PM pada 16 Mac 2020, beliau berpesan agar rakyat Malaysia jangan panik dengan keperluan makanan di negara kita.
Oleh yang demikian kita dinasihatkan membeli keperluan makanan mengikut kemampuan dan situasi semasa.
BACA JUGA: Bagaimana Kita Boleh Membantu Barisan Hadapan Negara Dalam Menghadapi Covid-19?
Ketika perintah kawalan pergerakan ini, ada beberapa bahan keperluan yang perlu diutamakan iaitu:
Beras

Beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia. Beras dijangka boleh bertahan dengan lama sekiranya ia ditutup dan dijaga dengan baik. Oleh itu bolehlah membeli beras sekadar yang perlu sahaja dan tidak perlu borong dengan banyak.
Minyak Masak

Minyak masak juga penting, ia dapat digunakan menggoreng dan beberapa tujuan yang lain. Minyak masak juga dapat bertahan dengan lama sekiranya ia tidak terdedah kepada udara yang lama.
Ikan Kering

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, adalah penting untuk membeli ikan kering berdasarkan keperluan yang mencukupi. Ini dapat menggantikan ikan segar yang mungkin sukar diperolehi ketika tempoh ini.
Ikan kering seperti gelama, tamban, talang dan sebagainya memang sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.
Bahan Makanan Dalam tin

Makanan dalam tin merupakan antara jenis makanan yang siap dimakan. Sudah terbukti ia mampu bertahan untuk tempoh waktu yang panjang.
Waktu luput bagi tin yang belum dibuka sekitar 2 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis makanan. Bahkan di tin tersebut juga sudah dituliskan tarikh luput kurang dari 2 tahun tetapi ianya tidak bermaksud makanan tersebut sudah tidak boleh dimakan sekiranya sudah tamat tarikh luput.
BACA JUGA: Lee Chong Wei Merayu #stayathome dan Bantulah Barisan Hadapan Negara
Antara makanan yang wajib kita simpan adalah seperti sardin, rendang ayam, rendang daging atau apa-apa lauk di dalam tin yang membantu memudahkan kerja kita dan ianya tahan lama.
Biskut Dalam Tin

Terdapat banyak jenis biskut dalam tin yang berada dipasaran seperti Munchys, Julies, Hup Seng dan sebagainya.
Sudah pasti biskut ini dapat menampung kerperluan harian seandainya beberapa bekalan asas lain sukar diperolehi.
Makanan Sejuk Beku

Makanan sejuk beku adalah antara yang boleh bertahan lama sekiranya diletakkan pada bahagian pembekuan.
Makanan seperti nugget, sosej bahkan juga ada kuih seperti karipap, cucur badak dan ssebagainya boleh menjadi pilihan ketika situasi ini berlaku.
Daging dan ayam juga sesuai dijadikan simpanan sejuk beku selain beberapa jenis sayuran seperti brokoli dan kobis bunga yang boleh disejuk bekukan.
Mee Segera

Mee segera juga mungkin antara pilihan ketika perintah kawalan ini berlaku. Memang rakyat Malaysia sudah biasa dengan makanan ini.
Ubat-ubatan asas

Ubat-ubatan asas juga anda perlu fikirkan dalam situasi sebegini. Panadol, minyak angin dan sebagainya dapat digunakan ketika sakit atau demam-demam biasa. Tak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana ada situasi yang lebih penting untuk doktor merawat pesakit di sana.
Keperluan Mandian Yang Asas

Mungkin yang terakhir anda perlu fikirkan adalah keperluan asas mandian untuk tempoh 18-31 Mac ini seperti sabun, syampu, ubat gigi dan sebagainya.
Semoga anda dapat membuat keputusan yang bijak ketika tempoh ini. Jangan panik sehingga menyusahkan orang yang lain untuk membeli sama
Jangan lupa like dan follow Page TheInspirasi