Thursday, April 25, 2024
HomeLirik LaguLirik Lagu Hari Wanita 2021 – “Wanita Waja Negara”

Lirik Lagu Hari Wanita 2021 – “Wanita Waja Negara”

Lagu tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, Wanita Waja Negara. 

Lagu ini diberi nama “Wanita Waja Negara” selari dengan tema sambutan Hari Wanita 2021 di Malaysia yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita.

Lagu tema Hari Wanita ini dipilih kerana ia membawa makna yang begitu mendalam buat  para wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Semoga sambutan Hari Wanita pada 8 Mac tahun ini meriah dalam meraikan peranan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.

Lirik Lagu Hari Wanita 2021 – “Wanita Waja Negara”.

Di hati ini,
Ada niat membara,
Mendukung ikrar harapan bangsa.
 
Wanita, 
Waja negara,
Suka dan duka,
Kami laluinya.
 
Demi masa depan anak yang dibuaikan,
Dengan kasih kasih sayang kita bangkit semua.
 
Wanita waja,
Hadapi cabaran,
Bangkitlah bersama.
 
Wanita waja,
Impian kita,
Malaysia Sejahtera
 
Wanita waja,
Tua dan muda,
Jasamu berharga, 
Bersama-sama hingga ke gerbang jaya.
 
Wanita Waja,
Hadapi cabaran,
Bangkitlah bersama.
 
Wanita waja,
Impian kita,
Malaysia Sejahtera.
 
Wanita waja,
Hadapi cabaran,
Bangkitlah bersama.
 
Wanita waja,
Impian kita,
Malaysia Sejahtera. 
Kredit Lirik: Jabatan Pembangunan Wanita

#HariWanita2021
#HW2021
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#Choosetochallenge
#Kitajagawanita
#Hormatiwanita

Maksud di Sebalik Lirik Lagu

Lirik lagu yang berjudul “Wanita Waja Negara” menggambarkan tentang kecekalan para wanita dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan.

Setiap suka mahupun duka yang ditempuhi oleh para wanita, mereka hadapinya dengan penuh cabaran demi ke arah sebuah negara yang sejahtera.

Peranan wanita sangatlah besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik covid-19 di mana para wanita sama ada mereka itu seorang ibu, kakak, para guru, jururawat dan sebagainya bersama-sama berganding bahu bagi memastikan insan yang berada di sekeliling mereka berada dalam keadaan yang selamat.

Oleh yang demikian, wajarlah mereka digelar wanita Waja Negara. Mereka bangkit mendepani cabaran agar impian kita semua tercapai dengan jayanya.

Hormatilah para wanita yang berada di sekeliling kita.

Selamat Hari Wanita 2021.


Bagi menghargai peranan wanita dalam kehidupan, marilah sama-sama kita memberi ucapan yang istimewa buat mereka.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular