Lagu Saya Anak Malaysia merupakan antara lagu-lagu patriotik Malaysia yang sedap didengar hingga kini. Ini kerana rentak dan lirik lagunya yang bersifat evergreen. Lagu ini mula dinyanyikan oleh Dr Sam dan Kumpulan Musafir pada 1986 dan terus dinyanyikan hingga kini.
Lagu ini biasanya akan dikumandangkan di stesen TV mahupun radio setiap kali sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara . Lirik lagunya sangat segar dan mudah dihafal dengan rentak yang boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.
Lirik Lagu Saya Anak Malaysia menggambarkan perpaduan kaum di Malaysia dan semangat cintakan tanah Air. Di dalam satu bait lirik lagu ini menyebut “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita, walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia cantik lagi. Ia menggambarkan indahnya pesanan penulis lirik ini terutama kepada Anak Malaysia yang berada diluar negara untuk sentiasa ingatkan tanah air tercinta. Pastinya mereka yang berada diluar negara merasa rindu apabila mendengar lagu ini terutamanya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
Saya Anak Malaysia Saya Anak Malaysia Saya Anak Malaysia Saya Anak Malaysia Saya Anak Malaysia Sembilan belas lima puluh tujuh Bulan lapan kita merdeka Setelah dijajah oleh orang Inggeris Kamikaze dan Portugis Dari Perlis ke kota Kinabalu Rakyat bersatu dan maju Bumi bertuah hasil melimpah Siapa rajin hidup mewah Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Melayu Cina Iban India Kadazan Portugis pun ada Semua kaya dengan budaya Di bawah kibaran satu bendera Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Hujan emas di negeri orang Hujan batu di negeri kita Walaupun cantik negeri orang Tentunya Malaysia cantik lagi Melayu Cina Iban India Kadazan Portugis pun ada Semua kaya dengan budaya Di bawah kibaran satu bendera Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Saya anak Malaysia Sayaaa anak Malaysia… |
Jangan lupa dengarkan juga lagu tema sambutan Hari Kebangsaan kita pada tahun ini yang berjudul Malaysia Prihatin
Jom semarakkan Hari Kebangsaan kita dengan Koleksi Pantun dan Ucapan Terbaik Merdeka 2020
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI