Lagu tema untuk kempen Tabung Pahlawan telah pun di lancarkan yang berjudul Perwira. Lirik lagu Perwira berkisarkan pengorbanan wira dan pahlawan negara yang banyak berjasa, berjuang dan berbakti demi ibu pertiwi.
Lagu yang dinyanyikan oleh Ning Baizura ini merupakan lagu istimewa bersempena pelancaran kempen Tabung Pahlawan. Ia juga dicipta khas sebagai satu tanda penghormatan buat wira negara yang telah telah pergi dan berkorban untuk tanah air Malaysia.
Lagu ini juga dicipta khas untuk kempen Tabung Pahlawan yang bertujuan mengutip dana yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia dan Primeworks Studios Sdn Bhd.
Melodi dan lirik lagu ini sangat menyentuh kalbu terutamanya bagi wira-wira negara yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga lagu ini dapat kita hayati bagi mengenang jasa Perwira negara.
Lagu dan Lirik Perwira – Ning Baizura
Lagu : Perwira Penyanyi: Ning Baizura Komposer: Aubrey Suwito & Ahmad Izham Omar Setiap langkahku membakar Semangat di hati ini Janjiku kepada negara Untuk berjasa Untuk berjuang Untuk berbakti Biar apa saja kan ku harungi Pengorbanan demi cinta ibu pertiwi *chorus Perwira Kau satria Kaulah sinar kaulah harapan Bangsa agama negara Perwira Ku berdoa sejahtera kau di sana Aman damai senantiasa Kau pahlawan kita Setiap nafas ku hembuskan Dengan namamu di hati Namun ku teguhkan janjiku Untuk berjasa Untuk berjuang Untuk berbakti Aku berserah kepada ilahi, Pengorbanan selamanya untuk ibu pertiwi Perwira Kau satria Kaulah sinar kau harapan Bangsa agama negara Perwira Ku berdoa sejahtera kau di sana Aman damai senantiasa Kau pahlawan kita semua… Perwira Kaulah sinar, kau harapan Perwira Kau pahlawan kita semua… *Sajak Kami akan setia kepada negara, Kami sedia berkorban demi negara Kami tidak sekali-kali mengenal menyerah |
Jangan lupa dengarkan juga lagu tema sambutan Hari Kebangsaan kita pada tahun ini yang berjudul Malaysia Prihatin
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI