Wednesday, September 27, 2023
HomeLirik LaguLirik Lagu Jalur Gemilang (Lagu Tema Bendera Malaysia)

Lirik Lagu Jalur Gemilang (Lagu Tema Bendera Malaysia)

Lirik lagu Jalur Gemilang dicipta khas untuk bendera Malaysia yang mengandungi nilai patriotik yang tinggi. Lirik lagu ini mengandungi identiti bendera negara yang menyeru masyarakat untuk menghayati dan mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh kemegahan dan cintakan negara.

Lagu Jalur Gemilang selalu diputarkan di televisyen dan radio bahkan dinyanyikan untuk majlis-majlis rasmi yang berunsurkan patritok seperti dalam sambutan Hari Kebangsaan Malaysia mahupun Hari Malaysia.

Lirik dan lagu Jalur Gemilang ini telah di lancarkan secara rasminya pada 9 Ogos 2003 untuk sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-46. Sejak daripada itu, ia terus dinyanyikan sebagai satu indentiti dan kemegahan negara yang menyeru rakyat agar berbangga dengan lagu patriotik negara ini.

Lirik dan lagu ini juga berkisarkan tentang gambaran dan maksud bendera Malaysia yang boleh difahami melalui nyanyian. Ini secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat kecintaan negara dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

Lirik Lagu JALUR GEMILANG


Pencipta : Pak Ngah Suhaimi
Senikata : Siso
Gubahan : Pak Ngah
Penyanyi : Swara 
Terbitan : Pak Ngah Production

Merah mu bara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
 
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
 
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
 
Jalur gemilang di bawah naungan mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
 
Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

*Ulang
Merah mu bara semangat waja
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
 
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
 
Jalur gemilang di bawah naungan mu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
 
Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
 
Berkibarlah, Berkibarlah, Berkibarlah
Jalur Gemilang

Baca juga lirik lagu Malaysia Prihatin. Lagu tema untuk sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 (2020)


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular