Mira Filzah atau nama sebenar beliau adalah Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan seorang pelakon, pengacara dan model yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia. Antara drama yang terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016). Drama baru beliau yang sedang ditayangkan di kaya tv adalah Lelaki Kiriman Tuhan di saluran Astro Oasis dan juga “Pujaan Hati Kanda” di TV 3.
Baru-baru ini beliau memuatkan satu entri di Instagram yang menarik perhatian netizen. Dalam entri tersebut, Mira memberikan ucapan terima kasih kepada followernya yang kini lebih daripada 4 juta pengikut.
Beliau mengakui adalah satu rahmat mempunyai pengikut yang berfikiran positif kerana kata-kata satu doa. Beliau mengakui memadamkan dan menyekat semua komen negatif di instagramnya.
“I have to admit i deleted and blocked negative comments/people. These people bring negative vibes in your area, your own space, why must keep them?”
“Apabila anda mengalihkan komen dan pandangan negatif, secara tidak langsung kehidupan anda akan menjadi positif.” Itu antara lain yang diluahkannya.
Nasihatnya lagi, bukan hanya anda yang akan berfikiran positif, tetapi pengikut anda pun jadi berfikir secara positif apabila membaca komen-komen tersebut.
Beliau kini sedang melakukan ibadah Umrah. Melalui posting tersebut juga beliau mendoakan agar mendapat umrah yang mabrur dan dipertemukan jodoh yg baik.
Beliau selanjutnya menasihatkan untuk tahun 2019 ini katakanlah perkara-perkara baik sahaja dan baik antara satu sama lain. “Yes instagram is your digital album, its a medium for you to share your activities and etc but once a while, don’t forget to share good stuffs (it can be quotes, or any informative content) supaya followers kita pun dapat manfaat sekali.”
Nasihat beliau ” If you don’t like that particular person or particular postings, don’t follow them. Kadang2 bukan kita tak suka pada orang itu (no reason to hate or dislike people) tapi mungkin posting orang itu tidak bersesuaian utk tatapan kita, jadi kita jangan follow! Haha.
Utk mengelakkan dpd hati kita terdetik, fikiran kita terfikir, mulut kita tercakap dan jari kita “ter”taip benda yg tidak baik.
Terbaik nasihat dari Mira Filzah. Semoga Mira mendapat umrah yang mabrur dan dipertemukan jodoh dengan pasangan yang baik.