Saturday, October 5, 2024
HomeInfoMoratorium 6 Bulan Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20

Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20

Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat Untuk B40, M40 & T20 | Kerajaan bersetuju memberi moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada sebarang syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Katanya, permohonan perlu dibuat dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan tersebut ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.

“Tidak perlu mengemukakan dokumentasi  untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan dan ia tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

“Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Semoga bantuan moratorium tanpa syarat ini dapat membantu mereka yang terjejas dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan PKP.

RELATED ARTICLES

Most Popular