Friday, July 26, 2024
HomeTokohTokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M.

Sementara itu, untuk kategori Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Syeikh Azhar Prof. Dr Ahmad Muhammad al-Tayyib pula diumumkan sebagai penerima pada tahun ini.

Pengumuman dan penganugerahan ini dilakukan dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bertema ‘Ummah Rabbani Negara Harmorni’ yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Negara pada malam ambang Maal Hijrah 19 Ogos (Rabu) bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2020M/1442H. 

Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini berlangsung dalam keadaan norma baharu dengan jumlah tetamu yang minimum dan masa yang  terhad. Ia dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Selain itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Senator  Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beberapa orang dif-dif kehormat yang lain turut hadir. 

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2020M/1442H

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini berdasarkan sumbangan besar beliau dalam pembangunan ummah di dalam dan luar negara. 

Ini merupakan anugerah kedua yang diterima beliau dalam minggu ini setelah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada Isnin yang lepas bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 17 Ogos 2020.

Beliau yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memimpin KKM dengan begitu cemerlang dalam mendepani wabak Covid-19 yang melanda negara. Selain itu beliau juga turut aktif diperingkat global dalam usaha membanteras wabak ini.

Anugerah ini disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam majlis ini, beliau menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Kerajaan Malaysia di atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam, di peringat nasional dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Biodata dan Profile Dr Noor Hisham Abdullah

Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilahirkan pada pada 21 April 1963 di Sepang, Selangor. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1988.

Beliau memperoleh Sarjana Pembedahan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan melanjutkan pengkhususan dalam pembedahan Endocrine serta pelbagai latihan di Universiti Adelaide, Sydney, Australia.

Usaha dan komitmen dalam melaksanakan tugasan dan kajian, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Mac 2013.

“Bekerja Demi Negara” itulah kata keramat yang sentiasa dibisikkan dalam dirinya. Kesungguhan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 mendapat pengiktirafan dunia apabila beliau telah menerima “Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepemimpinan 2020.”

Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia pula turut diiktiraf sebagai penerima Anugerah BrandLaureate dari Yayasan Jenama Dunia The Worlds Brands Foundation pada tahun ini.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau dalam usaha membantu masyarakat dan negara, maka pada tahun ini Jawatankuasa Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan telah sebulat suara untuk memilih Tan Sri Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah 1442H/2020M.

Senarai Penerima Anugerah Maal Hijrah Pada Tahun-Tahun Yang Lepas

2020M/1442H:Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
2019M/1441H:Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang
2018M/1440H:Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
2017M/1439H:Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai
2016M/1438H:Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Dato’ Dr Haron Din (Allahyarham) (Anugerah Khas)
2015M/1437H:Tun Abdul Hamid Mohamad
2014M/1436H:Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
2013M/1435H:Brigadier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Haji Zainal Abidin
2012M/1432H:Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (Allahyarham)
2011M/1431H:Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukur Husin

Semoga Himpunan teks pantun dan ucapan salam Maal Hijrah ini dapat dimanfaatkan bersama.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular