Solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan bagi mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T setelah umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
Ia juga peluang umat Islam untuk bertakbir, bertasbih dan mendengar nasihat melalui khutbah yang diperdengarkan oleh khatib setelah selesai solat raya.
Selain itu, syiar ini dapat menyatupadukan umat Islam, mengekalkan silatul rahim dan menzahirkan syiar Islam melalui perlaksanaan ibadah tersebut.
Namun pada tahun ini, umat Islam digalakkan bersolat sunat Hari Raya sama ada secara sendirian mahupun berjemaah di rumah sahaja. Ia susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang masih belangsung dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Hukum Solat Sunat Hari Raya
Hukumnya adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut dalam Islam). Dalam setahun umat Islam hanya bersolat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada hari raya Idulfitri dan hari raya korban atau Aidiladha.
Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah.
Segala rukun dan syarat solat raya adalah sama sebagaimana solat fardhu yang lima. Cuma terdapat perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara setiap takbir tersebut, kita digalakkan untuk bertasbih.
Lafaz Tasbih

Subhanallah – Walhamdulillah – Wa la Ilahaillah- Wa Allahu Akbar
Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.”
Waktu Solat Sunat Aidilfitri
Solat ini dilaksanakan pada setiap 1 Syawal. Ia ditunaikan pada waktu pagi iaitu setelah terbitnya matahari dan sebelum masuknya waktu zohor. Kebiasannya di Malaysia, kita memulakan solat raya sekitar jam 8.30 atau 9.00 pagi.
Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Lafaz Niat Bersendirian

Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Berjemaah (menjadi imam/makmum)

Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini Imaman/makmuman lillahi ta’ala.
“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat Imam/Makmum kerana Allah Ta’ala.”
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

4. Membaca Surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana Surah dalam al-Qur’an (digalakkan membaca Surah al-A’laa).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
Setelah bagun daripada sujud rakaat pertama,
1. Lafaz takbir lima kali di selang selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.

2. Membaca surah al-Fatihah.
3. Membaca surah al-Quran (Surah al-Kafirun untuk rakaat kedua).

4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
5. Memberi salam.
6. Membaca doa.
Setelah selesai menunaikan solat, umat Islam digalakkan mendengar khutbah hari raya yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Khutbah Aidilfitri
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Syarat Khutbah Hari Raya:
- Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
- Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
- Khabit mestilah seorang lelaki.
- Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
- Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
- Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.

Untuk contoh teks khutbah hari raya, boleh baca di sini
Anda ingin mencari pantun dan ucapan bersempena hari raya? dapatkan di sini.
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI
Alhamdulillah syukurv ada Allah. Terima kasih yang tidak terhingga dinatas usaha tuan mengeluarkan teks untuk persediaan kaum bapa. Mohon jika dapat di download dalam bentuk PDF dan boleh simpan terus dalam hp. Ini akan lebih mudh utk kaum bapa membuat carian dan juga mengedarkan kepada sahabat dan rakan rakan. Terima kasih
Sama-sama semoga bermanfaat
Alhamdulilah,,,terima kasih atas usaha anda,,,mudahan Kita semua mendapat rahmat Allah,,,Mohon share..
Alhamdulillah, silakan share mudahan dipermudahkan urusan kita untuk membaca khutbah pada hari raya nanti
Salam..
Alhamdululillah, tkasih Dr. atas usaha dan inisiatif utk menyediakan Panduan Solat Aidilfitri 2020. Semoga niat ikhlas Dr. dirahmati Allah SWT dan bermanfaat kpd semua keluarga. Wassalam
Aminn Ya Allah
Alhamdulillah…terima kasih
Sama-sama Tuan. semoga diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan kita
AAlhamdulillah satu usaha yg baik dan blh dimunafaatkan oleh semua kaum muslimin
Alhamdulilah semoga dipermudahkan urusan kita bersolat Aidilfitri pada pagi hari raya nanti
terima kasih tuan. saya minta izin untuk saya praktikkan minggu depan solat hari raya bersama keluarga.
Sama-sama Tuan, semoga dipermudahkan urusan tuan dan keluarga untuk membacanya pada pagi hari raya ini.
sekiranya tuan memerlukan teks dalam bentuk pdf saya akan lampirkannya dalam channel Telegram The Inspirasi. Boleh lihat pautannya di sini https://t.me/theinspirasimy
Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian tuan,kerana ianya banyak membantu, dan detik ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.Oleh itu saya akan ambil peluang ini sebaiknya.Ini mungkin menjadi detik bersejarah buat kebanyakan ketua keluarga yang akan membaca khutbah buat kali pertama dihadapan keluarga masing masing.Semoga urusan tuan di permudahkan oleh Allah SWT.
ALhamdulillah, saya juga mengambil inisiatif ini menulis teks khutbah sendiri kerana merasakan ia adalah satu pengalaman yang paling berharga buat kita semua. Ini mungkin salah satu daripada hikmah covid-19 buat kaum adam sekalian. Allah berikan peluang kepada kita untuk membaca khutbah di hadapan ahli keluarga sendiri.