Kerajaan mengumumkan pakej pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Citra dengan pengeluaran maksimum RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
Perkara ini diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 (ISNIN).
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu i-Citra dan bagaimana ia dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
Apa itu i-Citra KWSP?
Kemudahan pengeluaran i-Citra merupakan kesinambungan inisiatif i-Sinar dan i-Lestari. Ia merupakan kemudahan pengeluaran KWSP bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia juga kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan bagi memenuhi keperluan asas bagi memenuhi keperluan mereka.
Bagi mereka yang pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini, anda masih boleh memohon i-Citra pada kali ini.
Anda juga tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai.
Syarat-Syarat Memohon i-Citra
Mereka yang layak memohon i-Citra adalah sebagaimana berikut;
- Ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
- Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak memohon namun tertakluk kepada kelayakan (1) dan (2)
* Anggota perkhidmatan awam (Anda berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.)

Amaun Kelayakan i-Citra
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000
- Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang belum dibayar (jika ada)
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 bagi mengekalkan status keahlian KWSP

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun KWSP secara online melalui portal atau aplikasi mudah alih i-Akaun.
Semakan baki juga boleh dibuat di kios Pejabat KWSP atau di premis Pihak Ketiga yang terdekat.
Semak di portal | https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login |
Semak di aplikasi* | Google PlaystoreApple Appstore |
Kiosk Terdekat | Senarai Kiosk Terdekat |
* Sila pastikan bahawa anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda di mana-mana Kaunter atau Kios KWSP sebelum mohon TAC.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
Untuk menggunakan aplikasi i-Akaun, sila pastikan bahawa anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit anda di mana-mana Kaunter atau Kios KWSP sebelum mohon TAC.
Tarikh dan Cara Permohonan i-Citra KWSP
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021 (Isnin) hingga 30 September 2021 (Khamis).
Portal i-Citra hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.
Makluman dan update terkini adalah di laman berikut;
https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
Tarikh dan Cara Bayaran
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Cara pembayaran:
i. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
ii. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
iii. Bayaran minimum adalah RM50.

Pengeluaran i-Citra dari Akaun 1 atau Akaun 2?
Simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.
Bagi menggambarkan bagaimana situasi ini, infografik berikut akan menjelaskan gambaran akaun 2 dan akaun 1 yang akan digunakan untuk pengeluaran.



Kenyataan Media KWSP berkaitan I-Citra

Semakan baki penyata KWSP secara online
Bagi memudahkan urusan anda memohon pengeluaran i-Citra KWSP ini, anda dinasihatkan untuk semak penyata KWSP terlebih dari agar ia menepati syarat pengeluaran i-Citra.
Cara Daftar i-Akaun KWSP
Untuk mendaftar i-Akaun KWSP, terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan iaitu:
Langkah Pertama
Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-akaun.
Untuk pendaftaran i-Akaun, pemohon perlu hadir ke cawangan atau kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
Perlu diingatkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan/Bersyarat, urusan di kaunter KWSP memerlukan temu janji dengan pihak berkenaan.
Temu janji boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
Lokasi cawangan dan kiosk KWSP
Untuk mengetahui lokasi Kiosk ATAU cawangan KWSP berhampiran, anda boleh merujuk kepada pautan berikut:
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/OFFICES-KIOSKS
Melalui web di atas, anda boleh memilih lokasi berdekatan dan jenis perkhidmatan yang diperlukan sama ada;
- Pejabat
- Kiosk
- Pihak ketiga kiosk
- Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)
Seterusnya anda akan menerima SMS yang mengandungi Kata Laluan Sementara selepas pendaftaran dibuat. Pengaktifan mesti dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam masa 30 hari.
Anda juga perlu semak nombor ahli KWSP kerana maklumat tersebut diperlukan untuk login kali pertama melalui laman web KWSP.
Langkah Kedua
Buka laman web www.kwsp.gov.my kemudian pilih log masuk dan klik i-Akaun (ahli). Anda juga boleh mendaftar di Google store, Apple Store atau Huawei AppGallery.
Anda juga boleh merujuk panduan lengkap untuk pertama kali log masuk melalui pautan berikut:
Langkah Ketiga
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan kata laluan yang diterima melalui SMS untuk pengaktifan akaun anda
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia
- Apabila pengakifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
Info grafik daripada KWSP ini mungkin lebih membantu anda bagaimana untuk mendaftar i-Akaun secara mudah.

Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Tarikh Kemaskini: 11 JULAI 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Baca panduan lengkap bergambar ini step by step permohonan i-Citra.