Friday, September 29, 2023
HomeKehidupan10 Posting Paling Lucu "Masak Apa Tak Jadi Hari Ini"

10 Posting Paling Lucu “Masak Apa Tak Jadi Hari Ini”

Dalam masa 10 hari sahaja, group yang paling viral ketika ini iaitu Masak Apa Tak Jadi telah mempunyai lebih 1.5 juta ahli dalam group tersebut. 

Group yang mula diwujudkan pada 14 April ini juga menjadi perhatian  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika  menyampaikan perutusan khasnya mengenai sambutan Ramadhan pada Khamis yang lalu.  

Menurut laporan Astro Awani, pengasas Group ini iaitu Norlaila Dollah-Ahmed, 46, berkata pada awalnya Group ini diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya yang tidak menjadi. Namun tidak menyangka menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri. 

Apa yang menarik, setiap hari pastinya ada posting yang melucukan sehingga berjaya menarik perhatian ramai orang. Jom kita tengok 10 posting pilihan yang mencuit hati pilihan The Inspirasi. 

Karipap Cerminku Retak Seribu

Karipap Cerminku Retak Seribu

Posting ini dikongsi oleh seorang pengguna yang bernama Rishi Shihab melalui caption nya;

” Kita panggil ni Karipap Batik Jawa. Tapi ada kawan kawan bagi nama nama ni:

1. Karipap cermin ku retak seribu

2. Karipap kembara di tanah gersang

3. Karipap belahan jiwa

4. Karipap Frankerstein 

5. Karipap Halloween

Ada lagi tak? ?

Agaknya apa yang menjadikan karipap tersebut menjadi sebegitu rupa?

Karipap atau “Kaki”pap

Karipap atau "kaki"pap
Sumber: Hafiz Lempeng

Melihat kepada rupa bentuknya, ia agak mencuit hati. Mungkin cadangan nak buat karipap berbentuk panjang tetapi menjadi bentuk kaki pula. Mungkin itulah yang sesuai dipanggil “kaki”pap.

Dengan jumlah lebih 66k reaction, 8.9k comment serta 3.9k share, sudah pasti ada cerita tersendiri disebalik “kaki”pap ini.

Sampai Pisau Pun Patah, Terpaksa Guna Parang Untuk Potong

Sampai Pisau pun patah nak potong kek
Sumber: Eja Zairi

Amboi sampai patah pisau nak potong kek. Terpaksa pula gunakan parang. 

Agaknya apa yang tersalah ramuan sehingga kek menjadi keras begini?

Gigi pun boleh patah macam ni. 

Nasi Tak Lapok Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

Sumber: Hafizah Yusof

Sekali pandang nampak macam nasi kerabu pun ada kan? 

Agaknya kat mana yang tersalah ramuan? Mungkin terlebih pewarna kot. Tu yang jadi macam ni. 

Sepatutnya menu ini adalah nasi hujan panas. Tetapi kalau dah jadi macam ni, yang  lebih sesuai dipanggil adalah  “nasi tak lapok dek hujan tak lekang dek panas”

Masak Lemak Ayam French Fries

Ayam masak lemak french fries Masak apa tak jadi hari ini
Sumber: Aman Hakim

Gambar ini dikongsi oleh seorang chef lelaki yang bernama Aman Hakim pada 21 April 2020.

Dengan captionya;

Harini first time saya seorang lelaki nak buat Masak Lomak Ayam, bini kita kasi rehat layan drama korea jap..tengah masak suap sikit sesudu rasa masin. 

Bini kata “ Kena letak ubi kentang baru tak masin “..Alamak baru teringat ubi kentang lupa beli pagi tadi so kita ganti dengan French Fries jela. Asalkan keturunan ubi yang sama ?

** Yang ini bukanlah masak tak jadi, tapi kreativiti yang digunakan oleh seorang chef lelaki apabila kentang tak ada. 

Donat Ayam Golek

Donut Ayam Golek
Sumber: Foodtruck Bajet Corner

Lain macam betul bentuk donut pintal yang ingin dibuatnya.

Mungkin tersalah adunan sehingga menjadi rupa bentuk seperti ayam golek ini.

Salam Akhir, Salam Yang Teristimewa

Sumber Hafiz Rnr John

Agaknya ini betul-betul “real” atau yang dibuat-buat?

Nampak agak ngeri dan dalam masa yang sama lucu juga.

Resepi ayam masak kurma “sambutlah salamku yang terakhir”

Sotong Masak Kicap? Di Mana Sotongnya?

Sumber: Dekzam Zam

Ini adalah perkongsian daripada seorang pengguna yang bernama Dekzam Zam dengan caption ringkas

Sotong masak kicap…. Ok siap

Persoalannya, di manakah sotong tersebut berada? 

Sepatutnya Keria Gula Melaka, Tapi Macam Perut Ayam Masak Kicap Pula

Sumber: Fyda Hamdan

“Jangan percaya sangat resepi google, jika tak mungkin ini hasilnya.” Begitulah komen daripada salah seorang pengguna.

Agaknya Fyda Hamdan terlalu teruja ingin hidangkan kuih keria Melaka kepada anaknya. Namun tak sangak begini pula jadinya.

Mungkin pertama kali membuatnya sehingga jadilah “Masak apa tak jadi hari ini”

Nasi Basmathi Negaraku

Sumber: Puan Seri

Ini adalah pilihan terakhir TheInspirasi untuk 10 posting paling lucu masak apa tak jadi hari ini.

Perkongsian ini dilakukan oleh pengguna yang bernama Puan Seri.

Ehh kenapa semua nasi tu berdiri tegak? Macam orang nak menyanyikan lagu negaraku pula?

Semoga pengguna-pengguna di group tersebut sentiasa positif dalam sebarang posting dengan masak apa tak jadi hari ini.


Baca juga perkongsian dari ibu ini? Jangan tertukar antara asam jawa dengan kaya.


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular