Friday, March 29, 2024
HomeTokohRidzuan Puzi Harumkan Nama Negara Lagi

Ridzuan Puzi Harumkan Nama Negara Lagi

Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi yang telah dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

Laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) melaporkan anugerah ini telah disampaikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsung di Dubai.

Ridzuan Puzi yang lebih mesra dikenali sebagai Dik Wan telah mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Pada 2016, Ridzuan bersama 2 atlit paralimpik yang lain iaitu Ziyad Zolkefli dan Latif Romly telah di angkat sebagai wira kebangsaan apabila menyumbang tiga pingat emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Rizuan yang berasal dari negeri Perlis ini lahir pada tahun 1987 dan mengalami cerebral palsy iaitu kesukaran bertutur sejak berusia setahun.

Dalam sejarah sukan Paralimpik Negara, Rizuan merupakan atlet paralimpik Malaysia pertama yang berjaya meraih pingat emas di sepanjang penglibatan Malaysia di Sukan Paralimpik.

Sasaran Ridzuan seterusnya sudah tentulah mempertahankan rekod yang dipegangnya di Sukan Paralimpik Jepun 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos hingga 6 September 2020 di Tokyo, Jepun.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ridzuan Puzi.

Follow dan like page THE INSPIRASI untuk lebih banyak video, gambar dan kisah-kisah menarik.

RELATED ARTICLES

Most Popular