Cara Daftar dan Semak Penyata KWSP secara Online melalui i-Akaun

0
1412
Cara Daftar dan Semak Penyata KWSP secara Online Melalui i-akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memudahkan urusan ahli bagi mereka yang ingin semak penyata KWSP secara atas talian.

Walaupun begitu, ahli diminta mendaftar i-Akaun sebelum menggunakan kemudahan ini. Pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana Kaunter KWSP yang berdekatan. Ahli boleh mengaktifkan i-Akaun mereka dengan menggunakan sementara ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan selepas pendaftaran. Pengaktifan mesti dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam masa 30 hari-hari.

Apabila pengaktifan telah dibuat, pelbagai urusan yang berkaitan KWSP boleh dibuat antaranya Semak Penyata KWSP terkini dan setahun sebelumnya,  Semak status permohonan pengeluaran, semak maklumat penamaan, kira simpanan persaraan dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian, jika anda ingin daftar dan semak penyata KWSP i-Akaun beberapa langkah berikut anda perlu diikuti.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Untuk mendaftar i-Akaun KWSP, terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan iaitu:

Langkah Pertama

Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda untuk mendaftar i-akaun.

Untuk pendaftaran i-Akaun, pemohon perlu hadir ke cawangan atau kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari

Perlu diingatkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan/Bersyarat, urusan di kaunter KWSP memerlukan temu janji dengan pihak berkenaan. 

Temu janji boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Lokasi cawangan dan kiosk KWSP

Untuk mengetahui lokasi Kiosk ATAU cawangan KWSP berhampiran, anda boleh merujuk kepada pautan berikut:

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/OFFICES-KIOSKS

Melalui web di atas, anda boleh memilih lokasi berdekatan  dan jenis perkhidmatan yang diperlukan sama ada;

  1. Pejabat 
  2. Kiosk
  3. Pihak ketiga kiosk 
  4. Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) 

Seterusnya anda akan menerima SMS yang mengandungi Kata Laluan Sementara selepas pendaftaran dibuat. Pengaktifan mesti dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam masa 30 hari.

Anda juga perlu semak nombor ahli KWSP kerana maklumat tersebut diperlukan untuk login kali pertama melalui laman web KWSP. 

Langkah Kedua

Buka laman web www.kwsp.gov.my kemudian pilih log masuk  dan klik i-Akaun (ahli). Anda juga boleh mendaftar di Google store, Apple Store atau Huawei AppGallery.

Anda juga boleh merujuk panduan lengkap untuk pertama kali log masuk melalui pautan berikut:

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/Panduan+Ringkas+Pengaktifan+i-Akaun+Ahli_EN.pdf/e0bf9af9-04db-7abc-8dc6-b8bb13559d83

Langkah Ketiga

  • Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan kata laluan yang diterima melalui SMS untuk pengaktifan akaun anda
  • Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia
  • Apabila pengakifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda

Info grafik daripada KWSP ini mungkin lebih membantu anda bagaimana untuk mendaftar i-Akaun secara mudah.

Langkah Mudah mendaftar i-akaun

Cara Semak Penyata KWSP Melalui i-Akaun

Untuk membuat semakan penyata KWSP melalui i-Akaun, ikuti beberapa langkah berikut;

Langkah Pertama:

Login masuk ke i-Akaun (Ahli). Pautan adalah sebagaimana berikut;

https://www.kwsp.gov.my/

  • Masukkan ID Pengguna (User ID) kemudian tekan seterusnya. 
  • Masukkan kata laluan (password) kemudian tekan log masuk (login

Langkah Kedua

Klik pada tab “Akaun Peribadi”. 

Langkah Ketiga 

Pilih penyata pada tahun yang dikehendaki dan klik cari 

Langkah Keempat 

Maklumat akan dipaparkan berdasarkan pilihan carian anda. 

Melalui semakan penyata i-Akaun ini, anda boleh semak ringkasan akaun 1 dan akaun 2.

Anda juga boleh melihat maklumat caruman semasa transaksi caruman majikan dan caruman ahli. 

Selain itu, melalui paparan ini juga anda dapat melihat maklumat pengeluaran, pelarasan dan caruman tertunggak. 

Pilih pada menu cetak/muat turun dan pilih sama ada untuk penyata ringkasan atau penyata terperinci. Seterusnya klik pada butang muat turun (download) 

Kemudahan Lain Yang disediakan melalui i-Akaun

Dengan menggunakan perkhidmatan i-Akaun (Ahli) urusan anda menjadi lebih mudah dan pantas tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP atau mana-mana kiosk. 

Anda boleh juga menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KWSP ini secara online iaitu:

  1. Hantar permohonan pengeluaran secara dalam talian melalui e-Pengeluaran.
  2. Semak Penyata KWSP tahun terkini dan setahun sebelumnya.
  3. Semak status permohonan pengeluaran dan rekod pengeluaran terdahulu.
  4. Membuat anggaran amaun kelayakan untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  5. Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  6. Semak log aktiviti i-Akaun.
  7. Semak aktiviti transaksi caruman semasa KWSP terkini.
  8. Semak maklumat penamaan.
  9. Hantar pertanyaan secara dalam talian (Pertanyaan).
  10. Pendaftaran Simpanan Shariah.
  11. Saluran portal i-Invest. 
  12. Kira simpanan persaraan 

Info dan Pertanyaan

Untuk info dan pertanyaan, anda boleh menghubungi KWSP di talian 03–89226000

Soalan yang Sering di Tanya Mengenai i-Akaun

Apakah kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun

Ahli boleh:Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
– Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
– Menyemak status permohonan pengeluaran 
– Menyemak sejarah pengeluaran
– Menyemak status penamaan
– Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
– Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
– Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
– Menyemak log aktiviti i-Akaun

Bagaimana cara untuk daftar i-Akaun

Anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’ untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Apakah kelayakan untuk daftar i-Akaun?

– Untuk ahli warganegara, mestilah mempunyai No.ID Ahli dan mempunyai nombor KWSP yang sah.
– Untuk ahli bukan warganegara, mestilah mempunyai paspot yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah.

Artikel Terkini


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI