Saturday, April 20, 2024
HomeInfoSemakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, semakan status kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 boleh dibuat mulai 28 Mac (Isnin).

Mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac juga sehingga 8 April 2022.

Sebaliknya mereka yang membuat semakan dan tidak lulus permohonan, rayuan BKM akan dibuka pada Mei nanti bagi memberi peluang mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Cara Semakan Status Permohonan BKM Fasa 1

Terdapat dua cara semakan status keputusan permohonan BKM iaitu;

  1. Semakan secara dalam talian (online) https://bkm.hasil.gov.my  
  2. Semakan secara aplikasi mobile BKM 2022 iaitu dengan Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS

Sekiranya anda membuat semakan MyBKM melalui online https://bkm.hasil.gov.my;

  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Pemohon yang telah membuat semakan BKM fasa 1 dan lulus permohonan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Maklumat Pembayaran BKM Fasa 1 2022

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah 
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Kelayakan Penerima BKM 2022

Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran Fasa 1 BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh Bayaran

Untuk fasa 1, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) hingga 8 April 2022 (Jumaat) (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).

Namun begitu, difahamkan, ada yang sudah menerima bayaran ini pada 27 Mac terutamanya penerima yang mendaftar melalui akaun BSN.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. 

Sementara bagi pemohon yang berada di Pedalaman Sabah / Sarawak yang Tiada Akaun Bank, pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai pembayaran ini.

Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 1

Bagi pembayaran BKM fasa 1, penerima yang lulus akan menerima bayaran sebanyak antara RM100 hingga RM300.

Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.

Bagi fasa 1 kadar pembayaran adalah sebagaimana berikut;

  • Isi rumah B40: RM300
  • Isi rumah M40: RM200 (1-2 anak) & RM300 (Anak 3 & ke atas)
  • Bujang & Ibu bapa tunggal tiada anak: RM200
  • Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun ke atas: RM150

Jadual pembayaran daripada portal MyBKM ini menerangkan dengan lebih jelas kadar pembayaran fasa 1 hingga fasa 4 beserta amaun tambahan bagi mereka yang layak.

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing antara 28 Mac hingga 8 April 2022.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.

Cara Bayaran BKM Fasa 1
RELATED ARTICLES

Most Popular