Thursday, March 28, 2024
HomeInfoSenarai SOP Total Lockdown PKP 3.0 (Lanjutan Sehingga 28 Jun 2021)

Senarai SOP Total Lockdown PKP 3.0 (Lanjutan Sehingga 28 Jun 2021)

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Manakala dalam pengumuman terkini bertarikh 11 Jun 2021, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Oleh yang demikian, senarai positif, negatif dan prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

Perincian mengenai prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) adalah sebagaimana berikut.

Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:

Sektor Ekonomi yang dibenarkan semasa PKP 3.0
Kredit Infografik: BERNAMA

Semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun (lanjutan 15-28 Jun 2021) kecuali 17 perkhidmatan yang ditetapkan kerajaan;

1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar

3) Air

4) Tenaga

5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja

10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja

12) E-dagang dan teknologi maklumat

13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir

14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan

15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar

17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Aktiviti Harian & Ekonomi Yang Dibenarkan Sewaktu “Total Lockdown” 15-28 Jun 2021

Aktiviti Harian dan Ekonomi
Kredit Infografik: BERNAMA

Aktiviti harian dibenarkan dengan hanya 2 orang dari sebuah rumah untuk keluar membeli keperluan asas.

Manakala maksimum 3 orang termasuk pesakit keluar dalam radius 10KM untuk;

  1. Penjagaan kesihatan/perubatan
  2. Ujian saringan
  3. Keselamatan / Kecemasan

Terdapat beberapa aktiviti harian dan ekonomi yang dibenarkan semasa PKP 3.0 1-14 Jun (lanjutan 15-28 Jun) yang meliputi aktiviti pengangkutan awam, sektor awam, sektor swasta, sukan dan rekreasi, keagamaan dan pendidikan.

Waktu Operasi di Pasar dan Stesen Minyak

Pasar harian = 6 pagi hingga 2 petang.

Pasar segar terkawal = 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Pasar tani kekal, myfarm outlet, kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan = 6 pagi – 4 petang.

Pasar Borong = 12:01 pagi – 6 pagi dan 11 pagi hingga 4 petang.

Stesen Minyak = 6 pagi hingga 8 malam kecuali lebuh raya 24 jam.

Sektor Perkilangan yang Dibenarkan

Perkhidmatan Perlu Sektor Pembuatan dan Perkilangan
Kredit Infografik: BERNAMA

Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan penutupan penuh fasa pertama selama 14 hari yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021 (lanjutan 15-28 Jun 2021)

Namun begitu,  kelonggaran diberikan kepada sektor perkilangan sebagaimana berikut;

  1. Ero angkasa (komponen dan penyelenggaraan, baik pulih dan ‘overhaul’).
  2. Makanan dan Minuman.
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan berkaitan bahan makanan dan kesihatan.
  4. Barang-barang penjagaan diri .
  5. Bahan pencuci.
  6. Keluaran penjagaan kesihatan.
  7. Perubatan.
  8. Elektrikal dan elektronik.
  9. Minyak dan gas.
  10. Mesin dan peralatan hanya yang berkaitan dengan kesihatan dan makanan.
  11. Tekstil hanya untuk pengeluaran PPE sahaja.
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi juga perlu mengehadkan jumlah pekerja, iaitu setakat 60 peratus pekerja sahaja.

Sektor Perdagangan dan Pengedaran yang dibenarkan ketika “Total Lockdown” 1-14 Jun 2021 (Lanjutan 15-28 Jun 2021)

Sektor-perdagangan-dan-pengedaran-yang-dibenarkan-untuk-PKP-3.0
Kredit Infografik: BERNAMA
  1. Premis pasaraya / pasaraya besar, deparmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman / keperluan asas, kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai sebaneka / mini mart dan resoran di pusat membeli belah.
  2. Pasaraya/ pasaraya besar terhad kepada seksyen makanan dan minuman / keperluan asas.Departmental store terhad kepada seksyen makanan dan minuman / keperluan asas.Kedai farmasi / penjagaan diriKedai serbaneka / mini marketKedai runcit.
  3. Restoran.
  4. Dobi (termasuk layan diri).
  5. Other Specialty Retail Stores Stesyen Minyak
  6. Kedai penjagaan haiwan/ makanan haiwan
  7. Kedai cermin mata dan barang optik.
  8. Kedai hardware.
  9. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti.
  10. E-dagang bagi semua kategori produk.
  11. Pemborongan dan pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja.

Maklumat lain berkaitan SOP Total LockDown PKP 3.0

  1. ‘Lockdown’: Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas.
  2. Bantulah barisan hadapan selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya kes COVID-19 tidak terkawal.
  3. Penutupan penuh: Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi termasuk bank, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kurier.
  4. Lockdown’: Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin.
  5. Hanya 12 sektor perkilangan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ fasa pertama dengan kapasiti 60 peratus pekerja.
  6. Lockdown’: Hanya dua orang termasuk pemandu dibenarkan dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian.
  7. Mulai 1 Jun surat kebenaran bekerja, merentas daerah hanya dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan.
  8. Lockdown’: Aktiviti riadah secara bersendirian dibenarkan hanya untuk jogging dan senaman tanpa sentuhan dengan had masa hingga 8 malam.
  9. Lockdown’: Pergerakan untuk dapatkan khidmat kesihatan, perubatan dan barang keperluan harian dibenarkan dalam radius 10 KM atau terhampir dari kediaman.
  10. Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama.

Sumber : Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 30 Mei 2021

RELATED ARTICLES

Most Popular