Thursday, April 18, 2024
HomeInfoContoh Surat Kebenaran Pemulangan & Pengambilan Buku Teks 2021

Contoh Surat Kebenaran Pemulangan & Pengambilan Buku Teks 2021

Ini merupakan format atau contoh surat rasmi kebenaran khas yang dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membenarkan ibubapa atau penjaga merentas negeri atau daerah untuk memulangkan atau mengambil buku teks.

Surat kebenaran ini perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan surat/letterhead sekolah. 

Dalam tempoh PKP, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia membenarkan ibubapa atau penjaga mengambil dan memulangkan buku teks anak masing-masing di sekolah dengan mengikut SOP yang ditetapkan MKN

Oleh yang demikian ibubapa atau penjaga yang ingin berbuat demikian perlu mendapatkan Surat Kebenaran Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks daripada pihak sekolah.

Contoh 1 – Surat Kebenaran Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks


 
Tarikh: 25 Januari  2021
 
Kepada Pegawai Yang Bertugas, 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA BAGI PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS 2021
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan Ibubapa/penjaga bagi murid di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya yang perlu hadir ke sekolah bagi tujuan pemulangan dan pengambilan buku teks 2021.
 
Oleh yang demikian, Ibubapa/penjaga ini perlu hadir ke sekolah bagi tujuan di atas agar murid dapat menjalankan Pelaksanaan dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
 
Maklumat Ibubapa/penjaga murid ialah;
 
Nama: Abdul Hakim Abdullah
No KP: 810202035301
Alamat Rumah: No 35, Jalan Pantai Baharu, 50604 Lembah Pantai Kuala Lumpur
 
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk ke sekolah bagi tujuan pemulangan dan pengambilan buku teks.
 
Sekian, Terima Kasih
 
Yang Benar
 
 
……………….
Hajjah Sabliah binti Ismail
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya
 
 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead sekolah masing-masing.

Contoh 2 – Pengesahan Sekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga Bagi Urusan Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks

 
 
 
PIHAK BERKUASA YANG BERKENAAN 

Tuan,

PENGESAHAN KETUA JABATAN UNTUK IBU BAPA/ PENJAGA HADIR KE SEKOLAH BAGI URUSAN PEMULANGAN DAN PENGAMBILAN BUKU TEKS 

Dengan segala hormatnya, pihak kami merujuk perkara di atas. 

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan pemulangan dan pengagihan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 2020 menerusi Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM Seluruh Negara bertarikh 18 Januari 2021. Hanya seorang (1) penjaga murid yang dibenarkan berurusan dalam kawasan sekolah bagi tujuan ini.Butir-butir penjaga berkenaan adalah seperti di bawah : 

Nama Penjaga                    : 
No Kad Pengenalan             : 
Nama anak                         :  
Tarikh                                 :
Tempat                               :
 
3. Besarlah harapan saya agar penjaga ini diberikan pelepasan ke lokasi di atas bagi menyelesaikan urusan pemulangan dan pengambilan buku teks. 
Kerjasama pihak tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Saya yang menjalankan amanah, 
 
(RAMLAH BINTI GHANI) 
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Gading 
 
*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead sekolah masing-masing.

PEMULANGAN BUKU TEKS TAHUN 2020 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SESI PERSEKOLAHAN 2021

Ibubapa atau penjaga hendaklah merujuk pihak sekolah tentang jadual pemulangan dan pengagihan buku teks baharu.

Antara SOP umum dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah sebagaimana berikut:

  • Sila ikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
  • Susun dan ikat buku kemas2.
  • Buku yang *hilang* perlu diganti dengan buku juga.
  • Bawa sekali *Borang Maklumat Murid* beserta dengan *slip gaji ibu dan bapa* yang terkini. Serahkan borang tersebut kepada *guru kelas.*
  • Dan mematuhi perkara yang berikut :
  • Ikut SOP – pakai pelitup muka/guna hand sanitaizer/jaga penjarakan.
  • Bawa pen sendiri.
  • Satu keluarga *hanya seorang* yang berurusan.
  • Murid tidak perlu hadir bersama.
  • Patuh kepada arahan dan mengikut stesen pemulangan dan pengagihan buku teks yang betul.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari 2021 – 26 Januari 2021. Lanjutan 4 Februari 2021

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5) sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu:

  1. Pengilangan dan pembuatan
  2. Pembinaan
  3. Perkhidmatan
  4. Perdagangan dan pengedaran
  5. Perladangan dan komoditi

Sekatan pergerakan di negeri yang dikenakan PKP. Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 & 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.

Sepanjang pelaksanaan PKP, gerai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan  berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing. Perlu diingatkan jumlah pekerja yang ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan risiko jangkita dan memutuskan rantaian COVID-19 – Pergerakan rentas negeri adalah Tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

Mengurangkan risiko jangkita COVID-19 di tempat kerja – Bagi sektor atau perkhidmatan yang tidak disenaraikan sebagai essential services, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa. Semua majikan mesti mematuhi arahan ini untuk mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.

RELATED ARTICLES

Most Popular