Terkini, KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat i-Sinar KWSP.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan syarat i-Sinar KWSP ini dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.
Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahll KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
Apakah Itu i-Sinar KWSP?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Berapakah Jumlah Pengeluaran i-Sinar KWSP?
KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal.iaitu:
a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10.000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehlngga jumlah maksimum RM5,000.
b. Bagi ahli yang mempunyal lebih dari RM100.000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1mereka. Waiaubagaimanapun.jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60.000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Syarat Kelayakan untuk Mengeluarkan Wang i-Sinar KWSP?
Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinarlni akan membolehkan ahll KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
Cara Memohon i-Sinar?
Cara untuk memohon i-Sinar adalah secara atas talian (online) melalui Portal i-Sinar yang disediakan oleh KWSP iaitu:
Tarikh Akhir Permohonan Baharu i-Sinar
Tarikh permohonan baharu i-Sinar boleh dipohon sejak Januari yang lalu. Permohonan ini akan tamat pada 30 JUN 2021.
Semakan Keputusan Permohonan i-Sinar
Bagi mereka yang memohon i-Sinar, boleh membuat semakan melalui pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
Untuk semakan keputusan Sila pastikan;
- Nombor MyKad/MyPR
- Nombor Telefon Bimbit
adalah SAMA seperti yang diisi semasa permohonan dibuat.
Tarikh Pembayaran i-Sinar
Tarikh pembayaran i-Sinar boleh disemak di laman portal KWSP.
Cara Pembayaran i-Sinar
Pembayaran untuk i-Sinar akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa permohonan i-Sinar
Oleh yang demikian, akaun bank pemohon mestilah aktif bagi tujuan pembayaran ini.
Portal i-Sinar Sedang di Kemaskini
Berikutan perubahan yang perlu dllakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan inl.
Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan Kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.
Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli.
Info dan Pertanyaan
Untuk info dan pertanyaan, anda boleh menghubungi KWSP di talian 03–89226000
- Facebook KWSP: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
- Instagram KWSP: https://www.instagram.com/kwspmalaysia/
- Twitter KWSP: https://twitter.com/kwspmalaysia/
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Tarikh Kemaskini: 11 Februari 2021
GKP Tambahan. Sebanyak RM1,000 akan dikreditkan kepada pemohon GKP1.0 dan 2.0 pada Mac nanti.