Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan memanfaatkan 500,000 PKS Mikro.
Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM di 7 negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000 dan RM500 di negeri lain.
Bagi para peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menerima Geran Khas Prihatin kitaran pertama dan kedua, GKP tambahan di bawah pakej PERMAI ini merupakan inisiatif terbaharu daripada kerajaan.
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Geran Khas Prihatin (GKP TAMBAHAN) dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
Apakah Itu GKP Tambahan?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Ia bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Berapakah Jumlah Bayaran untuk GKP Tambahan?
Jumlah nilai bantuan yang akan diterima oleh mereka yang memohon dan diluluskan ialah sebanyak RM1,000 secara one-off bagi mereka yang berada di negeri PKP.
Manakala bagi mereka yang berada di negeri lain pula adalah sebanyak RM500.
Syarat Kelayakan untuk Mendapat GKP Tambahan?
GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Penerima dari kalangan PKS mikro yang telah pun menerima GKP 1.0 dan 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Ia agak berbeza dengan GKP sebelum ini. Jika diteliti pada GKP 1.0 dan 2.0 syarat-syaratnya sebagaimana berikut:
- a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara Memohon Geran Khas Prihatin?
Untuk GKP Tambahan, tiada lagi permohonan baharu dikeluarkan. Sebaliknya, jumlah RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon sebelum ini.
Semakan boleh dibuat di laman
Permohonan baharu tidak lagi dibuka setakat ini.
Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin
Tiada lagi permohonan baru untuk GKP. GKP tambahan disediakan untuk PKS yang telah menerima bantuan sebelum ini termasuk rayuan.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan GKP (Rayuan)
Dalam satu kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memaklumkan, proses semakan permohonan baharu dan rayuan bagi GKP 2.0 di bawah KITA PRIHATIN sedang dalam proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Katanya, keputusan permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat, dan menjangkakan tarikh pembayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan dibuat pada MAC ini.
Tarikh Pembayaran GKP
Tarikh pembayaran GKP dijangkakan akan dibuat pada Mac 2021. Kerajaan akan memperincikan tarikh sebenar selepas ini.
Cara Pembayaran GKP
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0.
Pembayaran untuk GKP akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP.
Oleh yang demikian, akaun bank pemohon mestilah aktif bagi tujuan pembayaran ini.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP
Sebarang pertanyaan mengenai GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Tarikh Kemaskini: 29 Januari 2021

Soalan Lazim FAQ Berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP TAMBAHAN)

GKP Tambahan (PERMAI) tidak lagi dibuka untuk permohonan. Ia hanya peruntukan RM1,000 untuk GKP 1.0 dan 2.0.
Permohonan untuk GKP Tambahan tidak lagi dibuka. Ia hanya peruntukan tambahan bagi GKP 1.0 dan 2.0
Semakan untuk GKP Tambahan boleh dibuat pada bila-bila masa di laman portal GKP kerana ianya diberikan kepada pemohon GKP 1.0 dan 2.0.
Tarikh pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Mac 2021.
Jumlah bayaran adalah secara one-off sebanyak RM1,000 untuk negeri PKP.
RM 500 untuk negeri bukan PKP.
Melalui portal GKP yang disediakan LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut. |
Kemaskini dan permohonan baharu Bantuan Prihatin Rakyat sudah boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 – 15 Februari 2021.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI
penambahan modal perniagaan
memang berharap dapat,tak dapat pula
hmmm ape cita ni smua..
tunggu punya tunggu kputusan
tak lulus,
baik takpayah isi..
tak ada sakit hati..haram j sungos
menambah modal perniagaan
menambahkan modal perniagaan
Alhamdulillah. Semoga ini dapat merangsang semual ekonomi PKS
Harap luluss laa gerann perihatin…semua status gagal…..kenapa?sblom ni lulu’s semuaaa…..skrg semua sangkut…..mohon kerajaan melulyskn geran kami…..negeri kena PKP ….lg…..
Geran tambahan tu sekali ke utk gkp sblom ni…..atau kena mohon baru yg utk 1000.00 tu
Mohon dbpermudahkn… urusan…Aamin
Buat masa sekarang belum dimaklumkan oleh LHDN samaada perlu buat kemaskini atau tidakGKPTambahan.pdf)
Tolong la buka pendaftaran untuk yg tak sempat nk daftar sebelum ni. Byk lagi yg tak sempat nk daftar sebelum ni.
Tuan boleh sentiasa merujuk laman LHDN berkaitan GKP. Maklumat lanjut kami akan sentiasa kemaskini di laman portal ini. terima kasih GKP Tambahan
harap LDHN akan bukak untuk kemaskini untuk pemohon yang lulus tetapi gagal kredit. Ramai rakyat yang tak sempat buat kemaskini pada tahun lepas. Mohon LDHN buat kebaikan, terima kasih
Untuk gkp tambahan,adakah perlu permohonan baru.selepas gkp 1.0 telah di luluskan sbelum ini.
Buat masa sekarang belum dimaklumkan oleh LHDN samaada perlu buat kemaskini atau tidakGKPTambahan.pdf)
kalau yang tak pernah mohon utk GKP 1.0 dlu mcm mana ye..boleh mohon balik ke?
GKP tambahan adalah untuk penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKp 2.0 termasuk rayuan.
Salam… Rayuan Gkp 2, bila akan lulus,.. saya mohon sangat2, Rayuan saya diterima..
Terbaik untuk bantuan semasa dlm keadaan PKP ini.
Tolong la buka balik untuk permohonan baru cik
Saya dh terlepas yg 1.0 dan 2.0
Harap di buka semula
Untuk permohonan rayuan gkp2.0..bila akan di luluskan.. Sebab bila semak di tulis DALAM PROSES… Sangat mengharap di luluskan.. Sb negeri kami di Kelantan masih pkp
Bila tarikh semakan rayuan Gkp 2.0? Adakah kena tggu bulan 3 sekali dgn GKP tambah an?
Kenapa yang saya dia tulis camni,Semakan mendapati Tuan/Puan telah lulus permohonan GKP 1.0. Oleh itu, tuan adalah tidak layak membuat permohonan baharu GKP 2.0. Sila klik Log Masuk untuk ke Menu GKP bagi semakan Permohonan GKP 1.0.
Salam. Sya pn x sempat mohon sbb tak tau psl ni.
Mohon la buka semula pendaftaran permohonan baru.
Tq
Mohon buka balik pendaftaran baru. Saya tak sempat berdaftar sebelum ini.
Tq
How to apply GKP 3.0
Gkp 3.0 (tambahan) hanya untuk pemohon yang telah lulus GKP 1.0 dan 2.0 sahaja. Tiada permohonan baharu dibuka.
Then GKP 3.0 for new application when can apply? last time 1.0& 2.0 already apply for approve, 3.0 need apply again? i already check many time still cant find it record
Dear Liz,
If u already applied for any of the gkp and approved means automatically u will get 3.0. If both not approved u will not get 3.0. U mentioned when u checked there were no record. U better call lhdn directly and clarify. No record means ur application was not received by them. Must be something wrong. The application for 3.0 still not opened or no information about new application yet. It’s only being given to previous gkp receivers. No new application yet. Hope this helps u clarify ur questions.
Tolong lah buka semula go sebab kedua dua saya terlepas
Tolong lah buka semula go sebab kedua dua saya terlepas. Banyan sebanyak ittu sangat besar ketika ini. Terima kasih.
Mohon. Gkp 1.0 gagal
Gkp 2.0 terlepas pula
Berniaga selama 7 tahun…
Semoga ada peluang untuk kami yg layak tapi tercicir…
Salam,
Rayuan Gkp 2, sa mohon sangat2 supaya Rayuan saya lulus..
Rayuan sy masih dalam proses..bilakah dapat jawapan.tersalah tulis jumlah pekerja..sy kite sekali dengan majikan.
akan diumumkan selepas ini
Assalamualaikum. Bila permohonan rayuan gkp 2.0 akan update status. Dah lama tunggu ni. Harap2 dipercepatkan lah ye
bila boleh kemaskini bank account number?
bank account adalah company punya, gagal kredit for gkp2.0.
sama juga, bila boleh kemaskini bank account number, kerana telah letak company bank account, gagal kredit gkp 2.0
harap LDHN bagi pemohon yang gagal kredit untuk kemaskini semua bank akaun. terima kasih LDHN membantu kami yang sangat memerlukan.
Assalamualaikum .. bukan rezeki yg mna 04 tk lulus gkp 2.0 .. Harap ada sedikit pertimbangan .. Knapa gkp 1.0 yg sblom nie dh dpt , boleh dpt utk gkp 2.0 .. Satu family memohon .. Semua lulus .. Tolong bg kesempatan mana yg nk apply gkp yg akan dtg jika ada .. Tolong lah pihak lhdn teliti .. Kami berharap ada bantuan gkp 3.0 ..
mohon kebaikan LDHN untuk bukak semula kemaskini akaun bagi pemohon yang gagal kredit kerana salah letak no akaun. terima kasih.
Kecewa sgt buat rayuan tp tak lulus alasan ssm baru mendaftar sebelum 31 August 2020. Sedangkan saya dah lama berniaga sejak tahun 2017. Boleh semak bahagian maklumat perniagaan, di situ ada dinyatakan tahun bermuda berniaga bkn baru mendaftar ssm. Saya boleh bagi copy ssm yg saya renew setiap tahun . Tiap2 tahun renew lisen ssm,cuma tahun 2020 musim kpk je saya x renew sebab keadaan yg x menentu dgn masalah kedai tutup,perniagaan jatuh. Mohon semak Kita org yg dah lama berniaga tak dpt bantuan GKP ni di beri pertimbangan.
Mohon bukw balik kemaskini akaun.
Salam Sejahtera,
Minta tolong buka permohonan baru GKP 3.0 sebab saya terlepas pandang buat permohonan untuk GKP 1.0 & 2.0.
Talipon nombor talian LHDN yang diberi untuk urusan GKP tak terjawab walaupun dah talipon banyak kali. Minta tolong buka permohonan baru.
AsSalam..minta jasa baik Lhdn buka semula permohonan baru utk GKP Tambahan ni..sgt2 memerlukan dlm keadaan skrg..
Sdg menanti utk gkp 3.0 sbb sdah lama brniaga sejak 2017 Dan setiap tahun renew to x jgak lulus gkp ni Tau.. hrp Ada lg spya dpt mohon
Ye..sypun sama..dah lama berniaga tp tak pernah dpt bantuan..ssm dah lama..sambung pun kadang kadang terlewat akibat tidak cukup duit dan keadaan tertentu(bermasalah)contoh musim pkp..tak boleh rentas daerah.
Mohdkifli
Sy minta jasa baik pihak atasan agar kaji selidik kembali bg gkp yg tak lulus dan telah buat rayuan tp gagal..kerana sbb sbb yg mungkin ada masalah tersendiri..contoh…tak sempat daftar dgn tarikh yg dikehendaki oleh pihak gkp dan mohon pertimbangkan kembali..kesusahan bg pendapatan peniaga peniaga kecil macam kami…harap maklum.
All person also know in Mac but what date? Now all malaysia on pkpb already , or government want wait all malaysia no any things then no need do this payment??
Pertama kwsp i-sinar January ada masuk bank akaun. bulan kedua lansung tiada masuk bank akaun saya..
Kenapa? Kalau boleh saya nak kemas kini lagi untuk i-sinar..