Pos laju telah mengeluarkan notis tentang tarikh akhir bagi perkhidmatan pengeposan barangan bersempena sambutan Tahun Baru Cina / Chinese New Year untuk tahun 2021.
Bagi para peniaga terutamanya peniaga online, sudah pasti tarikh ini penting dalam menyusun jadual penghantaran pembeli.
Dalam memastikan barang yang sampai tepat pada waktunya, pengeposan barangan hendaklah dilakukan pada tarikh atau sebelum jadual yang ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.
Pada tahun ini, sambutan bagi perayaan tahun baru cina adalah pada 12 dan 13 Februari 2021 (Jumaat dan Sabtu).
Kenyataan dan Pengumuman Pos Laju Mengenai TARIKH AKHIR PENGEPOSAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2021
Para Pelanggan Yang Dihargai,
Kami ingin memaklumkan para pelanggan berkenaan tarikh akhir pengeposan item Pos Laju ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, sempena perayaan Tahun Baru Cina
Destinasi | Tarikh Akhir Pengeposan |
Semenanjung Malaysia | 8 Februari 2021 |
Sabah dan Sarawak | 6 Februari 2021 |
Sila poskan item anda sebelum atau pada tarikh yang dinyatakan di atas bagi memastikan sampai sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 – 13 Februari 2021.
Untuk makluman, serahan bagi item yang dipos selepas tarkh akhir pengeposan akan hanya dilakukan mulai 16 Februan 2021 Walaubagaimanapun, Pos Laju tetap menerima pengeposan sehingge 11 Februari 2021.
Semua Pusat Pos Laju akan ditutup mulai 12 Februari sehingga 14 Februari 2021 dan akan beroperasi semula pada 15 Februari.
Oleh yang demikian, para peniaga dan pelanggan perlu ambil maklum tentang tarikh pengeposan ini bagi memastikan barangan yang anda pos atau order sampai tepat pada waktunya.
Semakan Tracking Pos Laju Online
Pos Malaysia Berhad juga telah membangunkan sistem tracking Poslaju yang boleh dibuat secara online pada bila-bila masa.
Semakan tracking ini boleh dibuat di laman web https://www.tracking.my/poslaju
Untuk membuat semakan anda perlu mempunyai nombor tracking yang diberikan oleh pengirim atau penjual barangan.
Nombor tracking ini kebiasaanya boleh diperolehi pada slip salinan borang yang diisi oleh pengirim.