Ramai yang bertanya bilakah tarikh bayaran GKP 3.0 yang akan dibayar oleh kerajaan kepada PKS Mikro.
Tidak ketinggalan juga ada yang keliru tentang jumlah bayaran yang akan dibuat kerana Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bantuan terkini PEMERKASA+ bagi membantu golongan PKS yang terkesan ketika PKP 3.0.
Pada 31 Mei yang lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) mengumumkan Bantuan PKP 3.0 susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.
Sudah pasti pengumuman terkini yang dibuat ini amat ditunggu-tunggu oleh para PKS Mikro yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Pengumuman Terkini Geran Khas Prihatin PKS Oleh Perdana Menteri
Dalam ucapan Pajek Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri memaklumkan;
“Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.”
“Secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilionringgit melalui inisiatif GKP.”
Terkini, di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.
Siapa yang akan menerima GKP 3.0?
GKP 3.0 akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Bagi mereka yang lulus permohonan baharu melalui GKP 3.0 juga akan menerima bantuan ini.
Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai pertengahan bulan Julai dibawah pakej PEMULIH.
Tarikh Bayaran GKP 3.0
Buat masa sekarang pengumuman rasmi bayaran bagi bulan Julai untuk pengerima GKP ini belum diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
Namun begitu, beberapa individu dalam group Facebook khas GKP 3.0 (RM1,000+RM500) memaklumkan yang mereka sudahpun menerima bayaran ini di dalam akaun masing-masing seperti CIMB, MAYBANK dan lain-lain lagi sebagaimana tangkap layar berikut;



Pun begitu, bayaran ini adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini, penerima daripada CIMB Bank akan masuk terlebih dahulu dan diikuti bank-bank yang lain.
Oleh yang demikian, sekiranya semakan anda di akaun bank tidak lagi menerima bayaran ini, anda hendaklah bersabar dan perlulah menunggu bayaran dimasukkan.
Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0)
Jumlah bayaran GKP bulan Julai sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah sebanyak RM500
Layak GKP 3.0 | Nilai Bantuan |
---|---|
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 | RM500 |
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 | RM500 |

Cara Pembayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.
Oleh yang demikian, pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja
Semakan Status Kelulusan Rayuan GKP
Bagi pemohon GKP, boleh menyemak keputusan permohonan tersebut mulai 8 Jun 2021 (Selasa) melalui laman portal GKP.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP
Sebarang pertanyaan mengenai GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
* Perbincangan lanjut tentang GKP 3.0, Tuan Puan boleh sertai Group Facebook GKP di bawah;


https://t.me/bantuanrakyatmy