Ramai yang bertanya bilakah tarikh bayaran GKP 4.0 yang akan dibayar oleh kerajaan kepada PKS Mikro.
Tidak ketinggalan juga ada yang bertanya berapakah jumlah bayaran yang akan dibuat kerana oleh PKS kali ini.
Pada 28 Jun yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri Ke-8) dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mengumumkan Geran Khas Prihatin 4.0 dalam usaha menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Sudah pasti tarikh bayaran bagi GKP 4.0 ini amat dinantikan kerana ramai yang sudah terkesan dengan pasca pandemik Covid-19.
Apakah Itu GKP 4.0?
Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Tarikh Bayaran GKP 4.0
Dalam pengumuman pakej PEMULIH Jun yang lalu, penerima yang layak untuk GKP akan menerima bayaran secara dua peringkat.
Peringkat Pertama – September 2021
Peringkat Kedua – November 2021
Pun begitu, tarikh tepat pembayaran GKP 4.0 untuk bulan September masih belum diumumkan oleh kerajaan sehingga kini.
Dalam satu tangkap layar (screen shot) oleh beberapa pengguna Facebook di group Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0), ada yang memaklumkan tarikh bayaran GKP 4.0 akan disalurkan pada penghujung bulan September sebagaimana jawapan Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar bin Abdullah.

Pun begitu, pengumuman rasmi mengenai tarikh bayaran ini akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Dato Seri Tengku Zafrul Aziz dalam masa terdekat ini.
Siapa yang akan menerima GKP 4.0?
Mereka yang kayak menerima GKP 4.0 ialah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
Tiada lagi permohonan baharu dibuka kerana tarikh tutup permohonan GKP 4.0 sudah ditutup pada 31 Julai yang lepas.
Jumlah Bayaran GKP 4.0
Kelayakan dan nilai keseluruhan bantuan adalah seperti berikut:
Layak GKP 4.0 | Nilai Bantuan |
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 | RM1,000 RM500 dibayar pada September RM500 dibayar pada November |
Lulus permohonan baharu GKP 3.0 | RM1,000 RM500 dibayar pada September RM500 dibayar pada November |

Semakan Status Kelulusan Bagi Pemohon baharu dan Rayuan GKP
Bagi pemohon GKP, boleh menyemak keputusan permohonan tersebut yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat melalui laman portal GKP.
Cara Pembayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Perbincangan lanjut tentang GKP 4.0, Tuan Puan boleh sertai Group Facebook GKP 4.0 di bawah;

Soalan Lazim GKP 4.0
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
– Permohonan baharu GKP 4.0
RM1000 (2 Fasa)
Fasa 1 – September 2021 (dijangka akhir September)
Fasa 2 – November 2021
Melalui laman portal GKP
https://gkp.hasil.gov.my