Tarikh & Cara Mendaftar Untuk Menerima Vaksinasi Covid-19 Di Malaysia

0
272
Tarikh Program Vaksinasi Covid-19 Di Malaysia

Tarikh vaksinasi Covid-19 di Malaysia telah diumumkan oleh Kerajaan melalui Program Imunisasi Kebangsaan dengan peruntukan sebanyak 3 bilion ringgit bagi perolehan ini.

Pelaksanaan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini merupakan  program vaksinasi terbesar negara yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Objektif program ini dilaksanakan bagi melindungi populasi masyarakat Malaysia daripada mobiditi dan mortaliti akibat jangkitan COVID-19.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu bilakah tarikh program vaksinasi covid-19 ini akan dilaksanakan di Malaysia.

Tarikh Program Vaksinasi Covid-19 Di Malaysia

Tarikh program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan. 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyasarkan sebanyak tujuh puluh peratus daripada populasi masyarakat Malaysia atau seramai 23.6 juta orang yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan. 

Pemvaksinan tujuh puluh peratus penduduk ini perlu dicapai untuk mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity). Tanpa kejayaaan imuniti kelompok, risiko pendedahan terhadap jangkitan COVID- 19 masih tinggi. 

Justeru, kita semua mestilah memainkan peranan dalam pengambilan vaksin ini dan berilah galakan kepada orang lain untuk turut sama mengambil vaksin ini.

Fasa Pertama Vaksin Covid-19

Fasa pertama pemberian vaksin dijangka bermula pada akhir bulan Februari sehingga bulan April 2021 yang melibatkan petugas barisan hadapan. 

Fasa Kedua Vaksin Covid-19

Fasa kedua pula dijangka bermula pada bulan April sehingga bulan Ogos 2021 yang melibatkan kumpulan masyarakat berisiko tinggi.

Fasa Ketiga Vaksin Covid-19

Manakala fasa ketiga dijangka bermula pada bulan Mei 2021 sehingga bulan Februari 2022 yang melibatkan golongan dewasa. Tempoh pelaksanaan program ini ialah selama setahun. 

Harus diingat bahawa suntikan vaksin ini hanya diberikan kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja. Ia menjadi fasa yang paling penting bagi membentukperlindungan kelompok dalam komuniti masyarakat.

Cara Mendaftar Untuk Menerima Vaksin Covid-19

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.

Terdapat lima kaedah untuk pendaftaran penerima vaksin Covid-19 iaitu:

  1. Aplikasi MySejahtera.
  2. Mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.
  3. Talian hotline (nombor ditetapkan kemudian).
  4. Pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta.
  5. Jika penerima berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,

Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah mengambil ketetapan bahawa Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 adalah Harus dan ia Wajib diambil oleh golongan ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Penggunaan vaksin adalah bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Ikuti penjelasan lanjut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkenaan hukum penggunaan vaksin COVID-19:

http://www.islam.gov.my/ms/kenyataan-media/2386-kenyataan-media-menteri-di-jabatan-perdana-menteri-hal-ehwal-agama-berkenaan-hukum-penggunaan-vaksin-covid-19

Cara Vaksin Diberikan kepada Orang Awam

Vaksin diberikan secara suntikan sebanyak 2 dos (bergantung kepada jenis vaksin yang diberikan) bagi memastikan perlindungan yang sepenuhnya dapat dicapai. Oleh itu, orang awam yang telah menerima vaksin dos pertama perlu menyimpan rekod tersebut bagi memastikan dos kedua dapat diberikan pada tarikh yang ditetapkan.

(Sumber: http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19)

Golongan Yang Tidak Sesuai untuk Menerima Vaksin Covid-19

Keadaan kesihatan di bawah adalah tidak sesuai untuk  menerima vaksin covid-19:

  • Mempunyai sejarah alahan/alergi serius (anafilaksis) terhadap ubat/makanan/vaksin yang memerlukan rawatan di hospital.
  • Mempunyai sistem imun (pertahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan.
  • Ibu yang mengandung atau menyusukan anak. Mempunyai simptom COVID-19 di mana sekiranya anda sedang mengidapi jangkitan baru, anda perlu menunggu sehingga sembuh.

(Sumber: http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19)