Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Ke-2

0
298
Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Ke-2

YB Tengku Zafrul Menteri Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR fasa ke-2 melalui facebook Kementerian Kewangan Malaysia.

Pengumuman ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya penerima BPR sebelum ini. Ini kerana bantuan ini amat penting bagi rakyat Malaysia dalam menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan bayaran BPR fasa kedua ini  juga, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan untuk pembelian dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Berikut adalah dikemukakan tarikh dan jumlah bayaran BPR fasa ke-2.

Tarikh Bayaran BPR Fasa ke-2

Tarikh pembayaran BPR fasa ke-2 akan mula dibuat mulai 7 Mei 2021 (Jumaat) hingga 12 Mei 2021 (Rabu).

Pembayaran ini akan disalurkan sebagaimana jadual berikut;

Jenis PenerimaTarikh Pembayaran MulaiCara Pembayaran
Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang7  hingga 12 Mei 2021Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak)17 Mei 2021Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan SOP dari semasa ke semasa)

Jumlah Bayaran BPR fasa 2

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Menurut kenyataan media YB Tengku Zafrul, pembayaran fasa 2 BPR akan diberikan kepada penerima yang lulus mengikut jadual berikut;

PERKARAISI RUMAHWARGA EMASINDIVIDU BUJANG
Nilai Bayaran BPR fasa 2RM150-400(Baki bayaran pada fasa seterusnya)RM300 – RM600(Bayaran Akhir)RM200 – RM350(Bayaran Akhir)

Pembayaran ini akan dibuat mulai 7 Mei bagi mereka yang mempunyai akaun bank dan 17 Mei bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Tarikh Semakan Kelulusan BPR

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

Tarikh Rayuan BPR

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada kumpulan sasar, pihak kementerian akan memberi tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 (15 Hari).

Maklumat rayuan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Maklumat Tambahan

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b).

Kenyataan Media BPR Fasa Kedua Kementerian Kewangan Malaysia

Berikut merupakan kenyataan media Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang BPR fasa ke-2 ini anda boleh rujuk maklumat berikut;

Kementerian Kewangan Malaysiahttps://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia 
Tengku Zafrulhttps://www.facebook.com/tzafrulaziz 
Portal BPRhttps://bpr.hasil.gov.my