Thursday, March 27, 2025
HomeTarikh dan PeristiwaTarikh dan Tema Sambutan Hari Wanita Sedunia 2025

Tarikh dan Tema Sambutan Hari Wanita Sedunia 2025

Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan bagi meraikannya.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Tarikh Hari Wanita Sedunia

Hari Wanita di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi. Tahun ini ia disambut pada hari Sabtu bersamaan 7 Ramadhan 1446H.

Tema Dan Logo Hari Wanita 2025

Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2025 adalah;

Wanita Beraspirasi Membina Legasi”

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia (KPWKM) bagi menekankan kepentingan memperkasa wanita dalam membina legasi yang berkekalan.

Fokus utama tema ini adalah memperkukuh budaya inklusif serta memastikan kesaksamaan gender diamalkan di semua peringkat masyarakat sebagai usaha untuk memartabatkan peranan wanita dalam negara.

Logo Hari Wanita 2025

Logo dan Simbol Hari Wanita 2025

Logo Hari Wanita 2025 menampilkan gabungan warna ungu, merah jambu, dan jingga, yang melambangkan aspirasi, kekuatan, dan semangat wanita dalam membina legasi yang berkekalan.

Ungu melambangkan keadilan dan martabat wanita, merah jambu mencerminkan kasih sayang serta kepedulian dalam membentuk masyarakat inklusif, manakala jingga melambangkan tenaga dan keyakinan dalam menghadapi cabaran.

Reka bentuk logo ini juga menampilkan silhouette wajah wanita yang disepadukan dengan elemen angka 8, merujuk kepada tarikh sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac setiap tahun. Ia menggambarkan kesinambungan peranan wanita dalam pembangunan negara serta sumbangan mereka dalam membentuk masa depan yang lebih sejahtera.

Tema “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” ditekankan dalam logo ini, seiring dengan hasrat untuk memperkasakan wanita dalam setiap aspek kehidupan

Sambutan Hari Wanita di Malaysia

Di Malaysia, sambutan hari wanita disambut bertujuan;

  1. Memberikan pengiktirafan khas kepada kaum wanita dalam pelbagai bidang.
  2. Memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian antara lelaki dan wanita
  3. Tanda keprihatinan kerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan  dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Sambutan hari wanita di peringkat Malaysia di raikan dengan pelbagai acara dari pelbagai pihak samaada Kementerian, NGO dan sebagainya.

Walaupun tiada cuti umum untuk Hari Wanita, namun ia di sambut dengan pelbagai aktiviti seperti dialog, forum, ceramah dan sebagainya bagi mengangkat martabat kaum wanita.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Wanita 2025 Peringkat Kebangsaan

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dijadual merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 pada 8 Mac 2025 (Sabtu) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, bersama pemimpin dan tokoh wanita negara.

Tema sambutan tahun ini, “Wanita Beraspirasi, Membina Legasi”, mencerminkan peranan penting wanita dalam pembangunan negara dan pembinaan legasi masa depan.

Antara acara yang akan berlangsung:

  • Pelancaran Setem Hari Wanita Antarabangsa 2025 oleh YBM KPWKM
  • Bual Bicara Wanita – Perkongsian inspirasi daripada tokoh wanita
  • Pameran Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik
  • Demo Pertahanan Diri – Meningkatkan kesedaran keselamatan diri wanita
  • Reruai Usahawan Wanita – Menyokong dan memperkasa wanita dalam keusahawanan

Jom raikan wanita Malaysia. Mari bersama-sama menyokong sambutan ini sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

Saksikan penstriman langsung di:

Kementerian Yang Menguruskan Hal Ehwal Wanita di Malaysia

Di Malaysia Kementerian yang bertangungjawab dalam urusan hal ehwal wanita adalah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) yang diuruskan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.

Misi utama KPWKM adalah mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang terkini ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sementara Timbalan Menteri ialah Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Senarai Menteri Wanita Yang Lepas

No.NamaTarikh Jawatan
1.Dato Sri Nancy Shukri3 Disember 2022 – Kini
2.Datuk Seri Rina Mohd Harun10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
28 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
3.Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
4.Dato’ Sri Rohani Abdul Karim16 Mei 2013 – 21 Mei 2018
5.Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak (Pemangku)8 April 2012 – 15 Mei 2013
6.Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil10 April 2009 – 8 April 2012
7.Tan Sri Dr. Ng Yen Yen19 Mac 2008 – 9 April 2009
8.Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil17 Januari 2001 – 18 Mac 2008

Sumber: Wikipedia


Raikan sambutan Hari Wanita dengan pantun dan ucapan yang sangat menginspirasikan.

Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular