Wednesday, November 22, 2023
HomeTarikh dan PeristiwaTarikh Pembukaan Sekolah KPM Sewaktu PKP, PKPB, PKPP (2.0) 2021

Tarikh Pembukaan Sekolah KPM Sewaktu PKP, PKPB, PKPP (2.0) 2021

[Terkini] Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh terkini pembukaan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sidang medianya pada 19 Februari 2021.

Sebelum ini, pembukaan sekolah untuk penggal 2021 ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)  yang dilaksanakan di seluruh negara.

Pengumuman ini pastinya sangat dinantikan oleh ramai ibubapa dan para pelajar. Ada para murid dan pelajar yang sudah tidak sabar untuk kembali bagi sesi PdP secara bersemuka.

Pengumuman secara awal ini merupakan langkah tepat KPM bagi memastikan ibu bapa bersedia untuk kelengkapan anak-anak bagi memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Tarikh Pembukaan Sekolah KPM

Tarikh bagi buka sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sebagaimana berikut:

Sekolah Rendah

PRA SEKOLAH / TAHUN 1 / TAHUN 2
1 MAC 2021 (ISNIN)
TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6 
8 MAC 2021 (ISNIN)

Sekolah Menengah

*KUMPULAN A
4 APRIL 2021 (AHAD)
** KUMPULAN B
5 APRIL 2021 (ISNIN)

* Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

** Kumpulan B :  Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya

Nota: Cuti pertengahan penggal 26/27 Mac 2021 hingga 3/4 April 2021.

Kolej Vokasional

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA TAHUN 1 (SEM 2)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA TAHUN 1 (SEM 2)
1 MAC 2021 (ISNIN)

Sekolah Swasta 

SEKOLAH RENDAH (PRA SEKOLAH / TAHUN 1 / TAHUN 2)
1 MAC 2021 (ISNIN)
SEKOLAH RENDAH (TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6)
8 MAC 2021 (ISNIN)
SEKOLAH MENENGAH (*KUMPULAN A)
4 APRIL 2021 (AHAD)
SEKOLAH MENENGAH (** KUMPULAN B)
5 APRIL 2021 (ISNIN)

* Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

** Kumpulan B :  Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya

Nota: Cuti pertengahan penggal 26/27 Mac 2021 hingga 3/4 April 2021.

Sekolah Antarabangsa / IPS Kategori Pusat

SEMUA PERINGKAT / KATEGORI
8 MAC  2021 (ISNIN)

Rumusan Tarikh Pembukaan Sekolah KPM 2021

Rumusan Tarikh Pembukaan Sekolah KPM 2021

Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: KPM


Ibubapa yang bimbang tentang penularan Covid-19 di kawasan masing-masing boleh menulis surat tidak hadir ke sekolah.

RELATED ARTICLES

Most Popular