Thursday, July 25, 2024
HomeInfoContoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Bimbang Covid19)

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Bimbang Covid19)

Ini merupakan format atau contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah dengan alasan kebimbangan penularan Covid-19 yang meningkat pada masa kini. 

Contoh surat ketidakhadiran ke sekolah ini boleh digunakan sama ada untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. 

Terdapat juga template yang anda boleh download bagi memudahkan anda menulis dan mengubah apa-apa yang perlu seperti nama anda sebagai waris, nama anak dan nama sekolah. 

Semoga contoh surat tidak hadir ke sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau waris pelajar yang risau akan penularan wabak Covid19 yang semakin meningkat ini. 

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Disebabkan Bimbang Penularan Wabak Covid-19

Contoh-contoh yang disertakan ini bolehlah dijadikan panduan ibu bapa bagi  menulis surat rasmi ketidakhadiran anak / jagaan ke sekolah.

Anda juga boleh memuat turun (download) contoh surat ini dalam format *doc bagi memudahkan urusan. Hanya perlu tukar maklumat yang berkaitan.

Contoh 1

Nurul Hanida Binti Kamarul
F-10-19, PPR Sri Cempaka
Pantai Dalam, 59200
Kuala Lumpur
 
______________________________________________________
 
Guru Kelas 2 Mawar
Sekolah Kebangsaan Bangsar,
7, Jalan Pantai Baharu, 
Taman Bukit Pantai, 
59100 Kuala Lumpur.                                             5 April 2021
 
Tuan/Puan
 
MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBANGAN PENULARAN KES COVID-19
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.      Saya Puan Nurul Hanida Binti Kamarul merupakan ibu kepada Syaza Ariyana Binti Abdul Hakim murid kelas Tahun 2 Mawar,  Sekolah Kebangsaan Bangsar.
 
3.      Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghantar anak saya ke sekolah buat masa ini disebabkan kes Covid-19 masih lagi tinggi di kawasan saya. Saya bertanggungjawab memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ini.
 
4.      Segala perhatian daripada pihak sekolah, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang Benar,
 
Tandatangan sini

(Nurul Hanida Binti Kamarul)
No Tel: 0123456789

Contoh 2

Sobri bin Abu
No 34, Jalan 22/47 Seksyen 21
47800, Petaling Jaya
Kuala Lumpur.
__________________________________________

Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Mawar,
Seksyen 22, Jalan 12/15,
Seksyen 22, 47800
Petaling Jaya, Selangor.
(up: Guru Kelas 3 Akasia)  5 April 2021

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Sobri Bin Abu no kad pengenalan 831201035055 adalah bapa kepada Muhammad Azrie bin Sobri murid tahun 3 Akasia Sekolah Kebangsaan Mawar. 

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat menghantar anak saya ke sekolah buat masa sekarang disebabkan kebimbangan pandemik Covid-19 yang semakin menular di kawasan Petaling Jaya ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

4. Segala perhatian dari pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
*Tandatangan di sini

Sobri bin Abu
No Tel: 0123456789

Contoh 3

Mohd Fauzi bin Mohd Ali
18, Lorong 1e/22a, 
Taman Seri Melati, 
53100 Kuala Lumpur.
 
_______________________________________________________
 
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gombak Setia,
Jalan Dewan, 
Gombak Setia, 
53100 Selangor.
 
(u/p: Guru Kelas 4 Petronas)                                 5 April 2021
 
Tuan/Puan
 
MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBANGAN PENULARAN KES COVID-19
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
 
2.      Saya Mohd Fauzi bin Mohd Ali merupakan bapa kepada Mohd Aiman Daniel bin Mohd Fauzi murid kelas Tahun 4 Petronas,  Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.
 
3.      Adalah dengan ini saya ingin memohon pengecualian kehadiran anak ke sekolah buat masa ini disebabkan kes Covid-19 masih lagi tinggi di kawasan saya. Saya bertanggungjawab memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ini.
 
4.      Segala perhatian daripada pihak sekolah, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang Benar,
 
Tandatangan sini
 
(Mohd Fauzi bin Mohd Ali)
No Tel: 0129876543

Download Template Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Format Doc

Format Rasmi Penulisan Surat Ketidakhadiran ke Sekolah

Untuk menghantar surat memaklumkan ketidakhadiran anak atau anak jagaan ke sekolah mestilah mempunyai maklumat berikut:

  1. Tarikh surat ditulis
  2. Nama Guru Besar atau Guru Kelas (Sekiranya tidak ingat, hanya perlu tulis Guru Besar atau Guru Kelas (Contoh; Guru Kelas 3 Mawar)
  3. Alamat Sekolah (masukkan sekali poskod)
  4. Nama penulis surat sama ada ibu, bapa, penjaga atau boleh ditulis sendiri oleh murid.
  5. Alamat lengkap kediaman
  6. Tajuk surat, contoh (MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH: DISEBABKAN KEMBIMBANGAN PENULARAN COVID-19)
  7. Isi surat yang menyatakan perkara di atas
  8. Penutup
  9. Tanda tangan
  10. No Telefon (sekiranya perlu)

Panduan Penghantaran Surat 

Surat yang sudah siap ditulis atau ditaip boleh dihantar dengan menggunakan mana-mana kaedah berikut:

  1. Melalui pos
  2. Penghantaran tangan
  3. Melalui kaedah elektronik;
    1. Email
    2. Whatsapps
    3. Telegram 

* Sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk menghantar melalui email, pastikan alamat email yang betul bagi mengelakkan surat tersebut ditolak oleh sistem email.

Manakala jika menggunakan Whatsapps atau Telegram, dinasihatkan menghantar terus ke nombor peribadi guru masing-masing.

Elakkan penghantaran surat ini ke dalam group kelas bagi mengelakkan surat ini tidak diambil maklum oleh pihak guru.

Peranan Ibu Bapa / Penjaga Untuk Sesi Persekolahan Ketika Penularan Wabak Covid-19

Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan fizikal adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid/pelajar, guru dan warga sekolah. 

Oleh yang demikian, dalam memastikan persekitaran yang bebas covid-19, ibu bapa / penjaga hendaklah:

a. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;

b. memastikan anak/anak jagaan sentiasa memakai pelitup separuh muka apabila hadir ke sekolah;

c. mematuhi sistem pergerakan pergi dan balik murid/pelajar ke sekolah;

d. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan

e. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semoga contoh surat ketidakhadiran ke sekolah ini dapat dimanfaatkan bersama. 

*Nota
Apabila ibu bapa atau waris 
menghantar surat rasmi tidak 
hadir ke sekolah, anak-anak 
tidak dianggap ponteng sekolah.

Untuk ibu bapa yang ingin menghantar anak pulang ke asrama yang perlu rentas daerah atau negeri, perlu menunjukkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular