Lebih 100 billion mesej peribadi telah dihantar hanya pada 1 hari melalui aplikasi popular whatapps pada 31 Disember 2019.
Mesej tu memecahkan rekod penghantaran mesej pada hari-hari biasa sebelum ini.
Kenyataan ini diumumkan oleh twitter Whatapps yang mendapat pelbagai reaksi daripada Netizen.

Menurut laman web BUSINESS OF APPS, secara puratanya, pengguna aplikasi whatapps menghantar mesej peribadi sebanyak 65 billion sehari.
Namun pada 31 Disember penghantaran mesej peribadi meningkat dengan mendadak. Ini mungkin juga disebabkan oleh pengguna yang teruja menyambut tahun baharu 2020.
Sementara itu, WhatsApp sebelum ini mengumumkan untuk menghentikan sokongan kepada tiga sistem operasi telefon pintar iaitu Android 2.3.7 dan ke bawah serta iOS 8 ke bawah.
Jadi, bermula pada 1 Februari 2020, telefon lama yang masih menggunakan sistem di atas tidak lagi boleh akses kepada aplikasi whatapps.
Antara sebab kenapa Whatapps menghentikan sokongan terhadap sistem yang lama adalah bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna daripada kebocoran maklumat peribadi. Ini kerana sistem yang lama sudah tidak mampu memberi sokongan kepada update sistem terkini.