Wednesday, January 22, 2025
HomePanduan5 Pilihan dan Cara Mudah & Jimat Untuk Online Seller Pos Barang...

5 Pilihan dan Cara Mudah & Jimat Untuk Online Seller Pos Barang (Rugi Tak Buat)

Sudah ramai yang mula berniaga secara online, sama ada secara part-time ataupun sepenuh masa. 

Bila dah mula banyak tempahan daripada pelanggan ni, mesti banyak perkara yang online seller kena fikirkan. Lagi-lagi mengenai penghantaran barang. Tambahan pula, akhir-akhir ini ada masalah pula dengan sebuah syarikat kurier. 

Jadi, seller kenalah tahu servis kurier macam mana yang mereka perlukan untuk barangan mereka. 

Servis penghantaran barangan kepada pelanggan pula mestilah tiptop. Sebab kalau tak kena gaya, memang banyaklah complain datang daripada pelanggan disebabkan penghantaran barang. 

Untuk online seller sendiri pun, macam-macam dugaan yang datang masa nak pos barang. Banyak masa habis dekat pejabat poslah, dakwat printer habislah, dan banyak lagi. 

Pelanggan pun dah tertunggu barang mereka dah tu. 

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda beberapa pilihan dan cara untuk anda memilih perkhidmatan pos barang yang terbaik, dan sesuai untuk keperluan anda dan pelanggan anda. 

Lepas ni, mudahlah anda nak hantar barang kepada pelanggan.

1. Nak Jimat Kos Pos Hantar Barang? Bandingkan Harga Terlebih Dahulu

Sama ada anda berniaga online secara besar atau kecil-kecilan, pengiraan kos penghantaran barang memang penting. 

Bila anda nak hantar barang, apa kata anda semak dahulu kos penghantaran barangan menggunakan Easy Parcel.

Dengan Easy Parcel, anda boleh semak dan bandingkan kos penghantaran mengikut berat barangan anda. 

Memang tidak menjadi masalah kalau anda nak kekal setia dengan satu syarikat kurier. Tapi kalau banyak syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan barangan dengan harga yang murah, anda mestilah bijak dalam mencari kurier yang boleh memberikan anda perkhidmatan yang baik. 

Sebab setiap kurier kan berbeza perkhidmatannya mengikut tempat. Jadi pilihlah kurier yang menjimatkan dan mampu memberikan perkhidmatan yang cekap dan pantas.

Sumber: EasyParcel

Sumber: EasyParcel

2. Penat Nak Beratur Panjang Untuk Hantar Barang? Drop off Barang sahaja 

Penat kan badan bila kena beratur panjang-panjang. Dahlah banyak masa dihabiskan dekat pejabat pos. 

Okey, lepas ini anda tak payah beratur lagi guys bila nak pos barang. 

Nak drop off barang sahaja dengan mudah? Rahsianya adalah anda boleh gunakan Ninja Packssampul pos daripada Ninja Van yang boleh dibeli secara online. 

Lepas pack barang, anda boleh terus drop off atau hantar di mana-mana cawangan Ninja Point berhampiran anda. 

Nak buat pesanan hantar barang pun mudah, sebab boleh buat pesanan secara online. Tak perlu cetak apa-apa. Kan dah jimat banyak masa tu!

3. Pilih on-demand delivery (Kalau Nak Cepat)

Ini pilihan yang mudah lagi menyenangkan kalau pelanggan anda nak barang mereka sampai dengan cepat dan pada hari yang sama. Tak mustahil dah sekarang ini!

Perkhidmatan seperti Grab Express delivery yang boleh hantar dalam masa 4 jam, Lalamove, dan banyak lagi telah menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama. 

Jadi tak susahlah sekarang seller nak buat penghantaran dan yang lagi best, anda tak perlu lagi untuk keluar rumah. Tunggu pickup sahaja. 

Takut kalau kadar mahal? Jangan risau, kebanyakan penyedia perkhidmatan ini telah menyediakan flat rate atau kadar rata untuk penghantaran. 

Jadi, anda bolehlah pilih yang mana berkenan di hati. 

Sumber: Grab Express

4. Pick-up Barang Dari Rumah

Ada banyak barang untuk diposkan? Anda boleh pilih servis penghantaran yang menawarkan khidmat ambilan barang daripada rumah. 

Boleh ke? Eh kenapa pulak tak boleh. Tapi mestilah ada syarat-syaratnya. Ini mengikut jenis kurier dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. 

Ada yang tawarkan servis pick-up secara percuma, dan banyak lagi. Kurier seperti PosLaju  dan Skynet adalah antara syarikat kurier yang menawarkan servis pick-updaripada rumah. 

Anda hanya perlu cari sahaja!

Malah, ada juga syarikat kurier yang menawarkan perkhidmatan jenis ini mengikut kuantiti barangan anda. Ini semua bergantung dengan jenis kurier, dan kawasan anda juga.

5. Buka Akaun dan Berdaftar Dengan Syarikat Kurier

Kalau anda mempunyai banyak jumlah pesanan, dan barangan yang perlu dihantar, apa kata anda buka akaun dengan syarikat kurier? 

Daripada anda berpenat lelah, nak kira kos pengiraan dan nak kena berulang alik ke pejabat pos, lebih baik anda membuka akaun, sebab banyak manfaat yang anda boleh dapat.

Contohnya, anda boleh mendapatkan harga kos penghantaran yang murah atau diskaun, boleh dapatkan servis pick-up daripada pejabat ataupun tempat operasi seperti rumah anda, dan banyak lagi. 

Bila dah buka akaun, anda pun kenalah ada hubungan baik dengan pengurus akaun anda. Nanti kalau ada apa-apa isu mengenai penghantaran, boleh terus rujuk pengurus anda untuk urusan yang lebih pantas.  

Semoga panduan ini dapat memudahkan urusan perniagaan online anda.

Artikel ditulis oleh Nina Osman.

(Nina Osman merupakan seorang penulis di sebuah syarikat swasta dan mempunyai minat menulis artikel, blog dan sebagainya.)

Ada sesetengah peniaga online tidak suka link whatsapp yang panjang-panjang. Mereka lebih suka link yang ringkas dan padat. Ia nampak lebih profesional tanpa mendedahkan nombor telefon.

RELATED ARTICLES

Most Popular