Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Yang Ringkas

0
73
Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor Siap Ada Mesej

Bagi anda seorang peniaga online atau yang menyediakan sebarang perkhidmatan business, sudah pasti link whatsapp sangat penting untuk interaksi dengan pelanggan.

Apa yang lebih penting, customer akan terus redirect masuk ke whatsapp anda tanpa dia perlu save nombor terlebih dahulu. 

Ini sudah pasti memudahkan urusan mereka dan mereka akan tertarik dengan perkhidmatan yang kita tawarkan. Dengan menggunakan link whatsapp juga, urusan akan jadi sangat mudah dan customer lebih suka cara ini. 

Namun apa yang lebih penting dan profesional adalah link whatsapp tersebut ringkas tanpa mendedahkan nombor kita atas faktor-faktor keselamatan, scammer dan lain-lain. Jadi, ini adalah win-win situatuion antara seller dan customer.

Anda Suka Link Yang Pendek Atau Yang Panjang?

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk create whatsapp link, namun cara yang akan ditunjukkan ini nampak lebih profesional dan tidak serabut dengan nombor ditambah pula mesej yang panjang dibelakangnya.

Sebagai contoh, cuba lihat gambar di bawah? Mana satu pilihan anda dan agak-agak mana yang customer suka?

Link WhatsApp Yang Orang Suka adalah yang lebih ringkas

Sebagai seorang customer, sudah pasti dia suka mesej atau link yang ringkas dan padat.

Apa yang lebih penting, panduan yang akan ditunjukkan ini akan lebih memudahkan customer untuk order barangan anda tanpa menulis text di whatspp.

Anda sebagai peniaga atau seller pula sudah dapat jangka apakah customer akan order sekiranya produk anda itu banyak.

Apa itu  WhatsApp link?

WhatsApp mempunyai ciri yang membolehkan orang membuat link, jadi mana-mana pengguna dapat mengklik dan memulakan perbualan (chatl) secara langsung dengan orang yang membuat pautan tersebut. 

Fungsi ini dipanggil “click to chat”. Apa yang lebih penting, pengguna tidak perlu menyimpan nombor telefon siapa pun untuk menghantar mesej kepada mereka dan  ini memudahkan interaksi pengguna WhatsApp.

Panduan Membina Link Whatsapp Yang Ringkas Dengan wa.link

Laman web yang dibangunkan Whatsapp yang bernama wa.link ini sangat memudahkan urusan untuk buat whatsapp link yang ringkas. 

Apa yang lebih menarik anda hanya masukkan nombor telefon anda dan juga berserta mesej yang ingin dicipta. 

Sekiranya anda memasukkan nombor telefon anda dan mesej yang ingin ditulis ia akan dipaparkan sebagaimana gambar di bawah ini.

Cara buat link whatsapp

Perbezaan Antara wa.link Percuma dan Premium

Terdapat dua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perhidmatan Walink Inc. ini; 

  1. Yang percuma 
  2. Yang premium

Apa yang menariknya bagi jenis yang percuma, anda tidak perlu mendaftar (login) untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Anda juga boleh create atau cipta seberapa banyak link dan mesej yang diinginkan tanpa perlu membayar apa-apa

Cumanya bagi jenis yang percuma, anda tidak boleh letak brand atau text anda sendiri. Ia akan generate whatsapp link secara rawak menggunakan nombor dan huruf. 

https://wa.link/k63kq0

Sebaliknya jika yang menggunakan yang premium (wa.link/YourBrand), anda dapat bina brand atau text sendiri sebagai contoh:

https://wa.link/minyakbidara

Ini juga secara tidak langsung dapat memberi impression yang menarik kepada pembeli apabila melihat tulisan yang lebih difahami dan mereka sudah tahu isi kandungan.

Berapa harga untuk yang premium? 

Harga link premium adalah USD6 langganan untuk setahun bagi satu link. Kurang daripada RM25 bayaran untuk setahun. 

Dengan bayaran kurang daripada RM25 setahun anda dapat mencipta brand sendiri dan memudahkan urusan seharian walaupun anda tak ingat link yang random bagi jenis percuma.

Sekiranya anda berminat untuk melanggan yang premium klik pautan berikut:

https://create.wa.link/premium/

Cara untuk buat Buat Link Whatsapp yang ringkas di wa.link 

Ikuti beberapa langkah mudah berikut untuk buat link yang diinginkan:

Langkah Pertama

Buka laman web wa.link dan clik pada tulisan Create WhatsApp link

Langkah Kedua

Masukkan nombor telefon WhatsApp anda. Periksa kod negara dengan betul. Kod bagi negara Malaysia adalah bermula dengan +60 dan sudah pasti ada bendera Malaysia disebelahnya.

Langkah Ketiga

Masukkan mesej yang anda ingikan pengguna kirimkan kepada anda. Sebagai contoh;

Hai Sis, saya nak order kek lapis, boleh berikan maklumat lanjut?

Apa yang bestnya, anda boleh masukkan emoji 🎂🎊🎉 yang diinginkan sama seperti emoji dalam aplikasi whatapps untuk nampak lebih menarik. 

Langkah Keempat

Klik pada “Generate my wa.link” untuk hasilkan link whataspp anda yang awesome. Jangan lupa save atau simpan link tersebut supaya senang untuk digunakan.

Yang menariknya juga anda boleh create QRcode dengan letak link anda dibawah

QR Code Whatsapp link

*sekiranya tak ingat link tersebut, anda boleh buat semula dengan percuma.

Semoga panduan membuat link Whatsapp yang ringkas ini dapat memudahkan urusan anda.

Jangan lupa kongsikan ilmu ini pada rakan-rakan atau sanak saudara yang lain.


Ini panduan dan cara nak buat QR Code MySejahtera untuk kedai, premis, restoran atau majlis keraian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here