Bagi para peniaga atau pengguna perkhidmatan Pos Laju, ini adalah maklumat penting untuk anda ketahui iaitu tentang tarikh akhir pengeposan barangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021.
Bagi para peniaga terutamanya peniaga online, sudah pasti tarikh ini penting dalam menyusun jadual penghantaran pembeli dan memberi notis kepada para pembeli tentang tarikh akhir untuk order barang.
Dalam memastikan barang yang sampai tepat pada waktunya, pengeposan barangan hendaklah dilakukan pada tarikh atau sebelum jadual yang ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.
Pada tahun ini, sambutan bagi Hari Raya Puasa (Aidilfitri) ialah pada 13 dan 14 Mei 2021 (Khamis dan Jumaat).
Bilakah Tarikh Akhir Pos Laju Bersempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021?
Kepada Para Pelanggan Yang Dihargai,
Pos laju menasihatkan kepada para pelanggan mereka agar menghantar awal bungkusan Pos Laju, mel dan kad ucapan hari raya sebelum tarikh yand ditetapkan bagi memastikan barangan sampai sebelum hari raya Aidilfitri.

Para peniaga atau pelanggan yang mahu barangan sampai sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri diingatkan untuk pos barangan berdasarkan tarikh yang ditetapkan di atas atau sebelum daripada tarikh di atas.
Ini bagi memastikan barangan yang dipos sampai sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.
Dalam menyambut sambutan hari raya ini, pusat perkhidmatan Pos Laju di jangka akan menerima barangan pengeposan yang begitu banyak disebabkan peningkatan penghantaran barangan daripada para pelanggan.
Oleh yang demikian, jadual yang diberikan disusun bagi memastikan barangan yang dihantar selamat tiba pada tarikhnya.
Waktu Urusniaga Menjelang Aidilfitri 12 Mei 2021

Semua Pusat Pos Laju dijangka ditutup pada jam 1 petang 12 Mei (Rabu) bersempena Hari Raya Aidilfitri 2021 kecuali di pusat membeli belah.
Pos laju akan kembali beroperasi pada 16 Mei (Ahad) bagi negeri di kelantan dan Terengganu.
Manakala bagi neger-negeri lain pula, akan mula beroperasi pada 17 Mei (Isnin).
Oleh yang demikian, para peniaga dan pelanggan perlu ambil maklum tentang tarikh pengeposan ini bagi memastikan barangan yang anda pos atau order sampai tepat pada waktunya.
Semakan Tracking Pos Laju Online
Pos Malaysia Berhad juga telah membangunkan sistem tracking Poslaju yang boleh dibuat secara online pada bila-bila masa.
Semakan tracking ini boleh dibuat di laman web https://www.tracking.my/poslaju
Untuk membuat semakan anda perlu mempunyai nombor tracking yang diberikan oleh pengirim atau penjual barangan.
Nombor tracking ini kebiasaanya boleh diperolehi pada slip salinan borang yang diisi oleh pengirim.

Disclaimer: Para pelanggan Pos Laju diminta sentiasa merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad di laman sosial atau laman web mereka untuk sebarang kemas kini dan maklumat lanjut.
https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad | |
https://twitter.com/pos4you | |
https://www.instagram.com/pos4you/ | |
Laman Web | https://www.pos.com.my/ |
Bagi mereka yang belum menunaikan zakat fitrah lagi, ini merupakan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia dan kaedah pembayaran (online).