Bagaimana Kita Boleh Membantu Barisan Hadapan Negara Dalam Menghadapi Covid-19?

1765
Barisan Hadapan Negara Covid-19

Barisan Doktor, Jururawat, petugas hospital, staf KKM, pegawai perubatan dan sebagainya kini sedang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka dalam menghadapi Covid-19.

Mereka adalah barisan paling hadapan yang sedang mempertaruhkan nyawa. 

Dalam kalangan mereka, ada cuti yang dibekukan serta bebanan tugas berlipat ganda. Bahkan risiko besar mereka adalah terlalu tinggi dijangkiti.

BACA JUGA: Lee Chong Wei Merayu #stayathome dan Bantulah Barisan Hadapan Negara

Buat masa sekarang apa yang kita boleh lakukan dalam meringankan beban mereka? 

Ikut Arahan Yang Dikeluarkan Oleh KKM dan Pihak Berautoriti 

Dengan kebanjiran dan limpahan maklumat di media sosial, menjadikan kita sukar untuk mengenal pasti mana satu maklumat tepat atau maklumat palsu. 

Menurut WHO, setiap negara ada strategi bersesuaian situasi dan budaya setempat termasuklah mentaliti rakyatnya.

Buat masa kini, adalah disarankan untuk mengikuti info-info dari halaman yang berautoriti sahaja seperti Facebook KKM atau Twitter mereka sahaja.

Ini bagi mengelakkan kekeliruan anda dengan limpahan maklumat dari orang awam yang tidak mempunyai autoriti dalam memberi informasi terkini. 

BACA JUGA: Apa Yang Perlu Dibeli Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Berlaku?

Siapa yang berutoriti dalam memberikan info ketika Perintah Pergerakan Kawalan?

1) Kementerian Kesihatan Malaysia


Begitu juga arahan tidak ada solat Jumaat di tempat masing-masing. Arahan ini kita perlu patuhi dan tidak perlulah dipertikaikan kerana mereka membuat keputusan terbaik bagi kita. 

Apabila  kakitangan Kesihatan meminta supaya kita duduk rumah untuk kurantin, patuhi sahaja arahan mereka. 

Kita jaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama manusia.

Jangan Sebarkan Berita Palsu Atau Yang Kurang Pasti! 

Penyebaran berita palsu menjadikan satu bebanan baru kepada KKM dan Pihak berkuasa bagi menafikannya. 

Berbagai-bagai berita yang disebarkan di sosial media menjadikan ada antara kita turut terjebak dalam share atau foward maklumat berikut. 

Apa tindakan kita? 

Semak dahulu sebelum sebar. Jika tidak pasti biarkan sahaja maklumat tersebut.

Janganlah kita menjadi salah seorang penyampai berita palsu yang boleh membebankan mereka yang mempunyai tugas lebih penting daripada ini. 

2) Majlis Keselamatan Negara

Dalam tempoh ini juga, rakyat Malaysia perlu mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Majlis Keselamatan Negara adalah antara pihak yang berautoriti dalam menyemak fakta dan info yang dikeluarkan. Ada beberapa saluran untuk diakses maklumat iaitu

  1. Laman web MKN iaitu www.mkn.gov.my
  2. Channel Telegram MKN iaitu https://t.me/MKNRasmi

3) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Info dan maklumat terkini juga dikeluarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mempunyai beberapa saluran dalam menyalurkan info iaitu:

  1. Facebook Noor Hisham Abdullah
  2. Twitter Noor Hisham Abdullah

Sentiasa Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga 

Dalam menghadapi situasi sebegini , kita perlu mengambil langkah-langkah yang boleh menghindarkan diri sendiri, anak-anak serta keluarga daripada dijangkiti wabak ini. 

Apa yang penting adalah aspek penjagaan kesihatan yang tinggi. 

Sentiasa amalkan kebersihan diri. Gunakan topeng muka dan hand sanitizer. Kurangkan bersentuhan dan bersalaman. 

Dalam keadaan sekarang ini, cuba elakkan daripada menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini.

Ketepikan Perbezaan Politik dan Perlu Bersatu Hati 

Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah melalui satu hantaran di Facebook Royal Johor hari ini bertajuk ‘Viruses Do Not Discriminate” bertitah virus dan penyakit tidak mengenali atau peduli terhadap warna kulit individu; dan apa juga kepercayaan mereka.

“Tidak ada virus yang mendiskriminasi dan memilih berdasarkan ideologi politik kita: sama ada menyokong ke kanan, ke kiri atau berada di tengah-tengah. Virus tidak mempedulikannya. Mereka tidak membaca fikiran kita. Tetapi kita mempunyai tubuh badan yang boleh mereka serang,” titah baginda.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita ketepikan perbezaan politik dan bersatu hati dalam membendung penularan wabak ini.

Membantu Di Dalam Tabung Covid-19 

Pada 11 Mac yang lalu Perdana Menteri telah melancarkan Tabung Covid-19. 

Ia bertujuan bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.

Ini termasuklah bagi membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terganggu kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih.

Dalam hal ini, jika kita tidak mahu membantu, lebih baik diam sahaja.

Jangan masukkan perkara politik dalam bencana-bencana sebegini. 

Sebenarnya tabung ini sama konsepnya dengan tabung bencana yang lain seperti banjir dan sebagainya.  COVID-19 adalah bencana dan ramai mangsa yang perlu bantuan. 

Janganlah kita  buang humanity disebabkan kebencian politik!

Oleh itu, tidak kira siapa pun kita, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam mencegah penularan wabak COVID19. 

Sentiasa  patuhi arahan pihak berkuasa dan amalkan langkah-langkah pencegahan. 

Apa yang boleh di buat ketika perintah kawalan pergerakan 

Apabila kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020, kita perlu duduk sahaja di rumah. Ini penting bagi mengurangkan penyebaran virus ini kepada orang lain. Apa yang lebih penting adalah untuk memutuskan rankaian covid-19 ini secepat mungkin.

Ada banyak perkara yang boleh dibuat di rumah iaitu

1) Bekerja dari rumah

Banyak perkara yang boleh dibuat apabila bekerja dirumah antaranya ialah:

  1. Membalas pesanan  emel
  2. menyiapkan kertas  kerja, surat, memo dan sebagainya
  3. Menyemak kertas, proposal,  surat dan lain-lain
  4. Perbincangan atau Mesyuarat secara atas talian melalui  aplikasi “Zoom”

2) Luangkan masa bersama keluarga 

Dalam tempoh inilah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Boleh solat berjemaah, kemas rumah, main permainan indoor bersama keluarga dan sebagainya.

Buatlah juga sesuayu yang berfaedah. Sebagai contoh Menteri agama mencadangkan pertandingan memasak antara suami dan isteri. 

Jangan biarkan anak 24jam bersama gajet. Inilah waktu terbaik luangkan masa bersama keluarga. Bina keluarga yang terbaik. 

3) Bersenam untuk kekal aktif 

Walaupun tinggal di dalam rumah, rakyat Malaysia disarankan untuk kekal aktif, sama ada melalui senaman atau aktiviti fizikal.

Pada masa kini terdapat pelbagai senaman di rumah yang boleh dilakukan. Buka sahaja Youtube atau aplikasi yang berkaitan untuk melihat contoh senaman yang boleh dibuat dirumah.

4) Tingkatkan aktiviti ilmu

Waktu ini juga kita boleh tingkatkan aktiviti ilmu di rumah seperti membaca buku  atau “Kelas Tambahan”  di rumah. Ibubapa juga boleh menyemak prestasi  sekolah anak . Para pelajar Unversiti boleh menyiapkan “assignment”,  proposal,tesis, kertas projek atau kerja-kerja  akademik tertangguh.

Banyak pilihan kuliah ilmu secara atas talian boleh ditonton di Youtube berdasarkan pilihan penceramah kegemaran masing-masing.

5) Membeli barang keperluan secara online 

Apa yang penting sekali adalah sekiranya ingin membeli barangan keperluan, boleh cuba menggunakan aplikasi secara atas talian. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan dan bersentuhan ditempat awam yang mempunyai risiko penyebaran virus ini.


Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi