Tuesday, March 19, 2024
HomeInfoCara Memohon Bantuan Membeli Motosikal OKU MAIWP

Cara Memohon Bantuan Membeli Motosikal OKU MAIWP

Bantuan membeli  motosikal Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan salah satu  skim bantuan zakat kepada golongan asnaf di bawah kendalian MAIWP. 

Tujuan utama skim ini adalah membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang teratur dan berdikari sama ada untuk ke tempat kerja ataupun untuk aktiviti perniagaan. 

Selain itu juga melalui skim bantuan motosikal OKU ini, bertujuan memudahkan pergerakan harian mereka selain dapat juga digunakan untuk menjaga pendapatan sampingan. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin memohon skim bantuan ini, beberapa perkara berikut anda perlu ketahui bagi memudahkan pihak MAIWP meluluskan permohonan anda. 

Syarat Umum Untuk Memohon Bantuan Membeli Motosikal OKU

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah 

Untuk pengiraan kelayakan had kifayah sama ada anda layak ataupun tidak, sila rujuk pautan berikut:

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1

Dokumen Yang Diperlukan untuk Memohon Skim Bantuan Membeli Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU) MAIWP 

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akaun sumpah penjagaan. 

[Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan]

Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan
  1. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.

[Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan]

Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan
  1. *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  2. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  3. Satu salinan lesen memandu kelas C
  4. Satu salinan daftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah diperbaharui maklumat pemilik/ perniagaan (sekiranya kegunaan perniagaan)

Dokumen Lain Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Terdapat beberapa dokumen lain yang perlu dikemukakan sekiranya ia berkaitan dengan permohonan bantuan motosikal OKU MAIWP ini sebagaimana berikut;

Keluarga bercerai

Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.

Ahli keluarga telah meninggal dunia

Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. 

Saudara baru

Satu salinan kad memeluk Islam.

Orang Kurang Upaya.

Salinan kad orang kurang upaya (OKU).

Pengidap sakit kronik

Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.

Sedang mengikuti pengajian di IPT

Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

Keluarga bermasalah

Satu salinan laporan polis/ surat penjara

Muflis

Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Penghantaran Borang Permohonan

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter Baitulmal MAIWP sebagaimana alamat berikut:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. 
No Tel : 03- 4047 9444
Fax: 03- 4044 9444

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web MAIWP www.maiwp.gov.my ataupun Facebook MAIWP https://www.facebook.com/maiwphq/ 


OKU bekerja yang mempunyai pendapatan RM1,200 ke bawah layak memohon Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah RM450 sebulan.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular