Thursday, March 28, 2024
HomeInfoSemakan, Permohonan & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)

Semakan, Permohonan & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)

Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Aziz dalam Belanjawan 2021 pada 6 November 2020, mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM6.5 billion yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima. 

Bantuan ini menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.

Tengku Zafrul juga berkata, Bantuan Prihatin Rakyat akan memastikan manfaat yang besar kepada golongan dan penerima yang berkaitan.

Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.

Apa itu Bantuan Prihatin Rakyat? 

BPR 2021 adalah bantuan kewangan kerajaan yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini. Ia bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

Berapakah Jumlah Bayaran untuk BPR 2021?

Kadar atau nilai BPR 2021 adalah sebagaimana berikut:

Isi Rumah

Kategori Bantuan / Pendapatan Kasar BulananNilai Bantuan Isi Rumah ⥶ Anak / Tanggungan (RM)Nilai Bantuan Isi Rumah ⥸ 2  / Tanggungan (RM)
RM2,500 dan ke bawah1,2001,800
RM2,501 – RM4,0008001,200
RM4,001 – RM5,000500750

Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun / OKU Berumur 18 Tahun – 59 Tahun

Pendapatan Kasar BulananNilai Bantuan 
RM2,500 dan ke bawahRM350

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Jumlah Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:

Kategori Isi RumahRM300
Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahunRM150

Tarikh Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapat BPR 2021?

Mereka yang layak untuk mendapat BPR adalah sebagaimana berikut;

ISI RUMAH

PEMOHON

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

PASANGAN

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

ANAK

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur: 
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta.

BUJANG DAN OKU

PEMOHON

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat?

Terdapat tiga cara untuk memohon BPR 2021 iaitu:

  1. Secara dalam talian melalui https://bpr.hasil.gov.my
  2. Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my atau download borang melalui pautan berikut https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  3. Hadir ke
  • Cawangan LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Sekiranya menghadapi masalah untuk muat turun borang tersebut di laman BPR, anda boleh download melalui fail di bawah:

Tarikh Permohonan dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 

Tarikh pendaftaran baru dan pengemaskinian bermula 15 Januari – 25 Februari 2021.

Siapa Pemohon Yang Perlu Membuat Kemaskini?

Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021.

Walau bagaimanapun sekiranya permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

Panduan Kemaskini BPR

  1. Log masuk ke portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan pastikan kata kunci keselamatan yang betul. Kemudian tekan YA. Sekiranya terlupa password, klik pada “Terlupa Kata Kaluan”.
Kemaskini BPR
  1. Untuk kemaskini, terdapat 4 bahagian yang perlu disemak atau dikemaskini terhadap maklumat berikut:
    1. Pemohon
    2. Pasangan
    3. Anak
    4. Wakil
  2. Tekan teruskan untuk pengesahan.
  3. Masukkan captcha dengan betul.
  4. Kemudian hantar.

Bagi Permohonan Baharu

Manakala bagi mereka atau pemohon  baru yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah boleh membuat permohonan baharu bermula 15 Januari 2021 – 25 Februari 2021 dengan mengemukakan dokumen sokongan berikut:

Dokumen Sokongan Yang Di Perlukan

PEMOHON

Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.

  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
  • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
  • Salin4n Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

PASANGAN

  • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS).
  • Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama.

ANAK

  • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.

Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan BPR 2021 Boleh di Buat?

Tarikh pemakluman keputusan semakan BPR 2021 boleh disemak di https://bpr.hasil.gov.my

Ia juga boleh disemak melalui aplikasi mobile BPR 2021 yang boleh di muat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS.

Tarikh Pembayaran BPR 

Pembayaran bagi fasa pertama BPR dibuat mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Jadual pembayaran adalah sebagaimana berikut:

Fasa 1Fasa 2
Februari / Mac 2021April / Mei 2021
* Jadual pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan.

Cara Pembayaran BPR

Pembayaran untuk BPR akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa mengisi atau mengemaskini permohonan masing-masing.

Oleh yang demikian, akaun bank pemohon mestilah aktif bagi tujuan pembayaran ini. 

Penerima BPR Akan Dilindungi Secara Automatik di Bawah Skim MySalam

Penerima BPR sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Pengajar dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai BPR

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BPR; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. MoF: 03-8882 4565 / 4566
    (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Penerima BPR 2021
Syarat Kelayakan BPR 2021

Sumber Photo: LHDN


Jangan lepaskan peluang ini untuk memohon bantuan daripada kerajaan ini.

Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda. 

Soalan Lazim FAQ Berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat

Bilakah Tarikh Permohonan Baru BPR 2021?

Tarikh permohonan untuk BPR 2021 mulai 15 Januari – 25 Februari  2021 (1 bulan). 

Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan BPR 2021?

Bermula 15 Januari 2021

Bilakah Tarikh Pembayaran BPR 2021?

Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Fasa kedua April/Mei 2021

Berakah Jumlah Bayaran untuk BPR 2021?

Jumlah bayaran sila rujuk artikel

Bagaimanakah Cara Semakan Kelulusan BPR 2021

Melalui portal BPR 2021 yang disediakan LHDN iaitu https://bpr.hasil.gov.my

Soalan lanjut tentang BPR sila rujuk FAQ yang dikeluarkan oleh LHDN ini:

Tarikh Kemaskini Artikel: 24 Januari 2021


Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0) akan mula mula dibayar mulai  21 Januari 2021. Semak jumlah bayaran.

RELATED ARTICLES

Most Popular