Lebih 11 juta rakyat akan menerima bayaran BPN 2.0 fasa 2 yang berjumlah keseluruhan RM2.38 billion ringgit mulai 21 Januari 2021 .
Menurut Menteri Kewangan Dato’ Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bayaran terbabit termasuk sekitar 460 ribu penerima baru yang dipercepatkan permohonannya disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dikuatkuasa pada 13 Januari 2021
BPN 2.0 adalah sebahagian kerangka inisiatif tambahan Pakej. Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai 10 billion ringgit yang diumumkan perdana Menteri 23 September yang lalu.
Inisiatif berkenaan disalurkan melalui 2 fasa pembayaran iaitu pada Oktober tahun lalu dan Januari 2021
Tarikh Semakan Kelulusan BPN 2.0 Fasa 2
Tarikh semakan kelulusan boleh dibuat mulai Jumaat ini 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN bpn.hasil.gov.my
Sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan:
- Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
- Masukkan nombor IC anda
- Isi kod captcha yang diminta
- Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan
Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2
Tarikh bayaran akan mula dikreditkan mulai 21 Januari 2021.
Jumlah Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua
Menerusi inisiatif ini, golongan isi rumah B40 akan menerima RM300. Manakala golongan Bujang akan menerima RM150.
Golongan isi rumah M40 akan menerima RM200 dan RM100 bagi bujang pada 25 Januari ini.

Kaedah dan Cara Pembayaran Yang Akan Dilakukan
Semua bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Manakala penerima tanpa akaun bank pula boleh ke cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat mulai 25 Januari 2021 untuk mengambil BPN.
Bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak pula, pembayaran akan dibuat awal Februari dan lokasi akan diumumkan di akhir bulan ini.
Secara keseluruhannya jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta orang membabitkan bayaran RM7.18 billion .
Info Lanjut Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0)
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:
· Kementerian Kewangan Malaysia:
· 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
· LHDNM
· 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti di laman rasmi media sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu;
Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial
Kami juga akan mengemas kini halaman ini dari masa ke semasa dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Bermula 21 Januari 2021
Mulai Jumaat ini 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN bpn.hasil.gov.my
Isi Rumah B40 = RM300
Isi Rumah M40= RM200
Bujang B40 = RM150
Bujang M40 = RM 100
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut. |
[Terkini]: Geran Khas Prihatin RM1,000 diumumkan kerajaan.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI