Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan bantuan terbaharu yang diberi nama Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah yang dilancarkan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar pada 25 Mac 2021. Ia disiarkan secara langsung melalui Facebook MAIWP.
Program yang diberi nama Program Transformasi Asnaf Jaya (PROTAJ) merupakan manifestasi kesungguhan MAIWP dalam membantu asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup asnaf di Wilayah Persekutuan.
Bantuan yang diberikan ini juga diharapkan dapat mengubah diri asnaf dan keluar daripada kemiskinan sehingga menjadi pembayar zakat semula selepas ini.
Semoga Bantuan Usahawan Musaadah Tijariyyah ini dapat membantu usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka.
Apa itu Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah?
Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan.
Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.
MAIWP memperuntukkan RM15 juta bagi Musa’adah Tijariyyah ini dengan mensasarkan dengan mensasarkan penerima sebanyak 5000 orang.

Syarat Permohonan
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermaustatin di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada had kifayah
- Mempunyai pendaftaran SSM 2 bulan dan ke atas
- Bukan penerima bantuan perniagaan Baitulmal dalam tempoh 6 bulan terkini
Berbeza dengan bantuan perniagaan sedia ada yang ditawarkan oleh MAIWP, Musaadah Tijariyyah ini tidak mensyaratkan pemohonnya memiliki sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah selama 6 bulan, sebaliknya mereka yang mempunyai pendaftaran dengan SSM selama 2 bulan sahaja dan masih aktif layak untuk memohon bantuan ini.
Mereka yang baru menceburi bidang bisnes (start up) di alu-alukan memohon bantuan ini.
Peserta juga akan diberikan kursus asas keusahawanan yang menjadi pra-syarat sebelum bantuan diberikan secara percuma.
Ia merupakan satu cara persediaan dari segi perancangan minda, emosi dan kemahiran sebelum memulakan perniagaan.
Tarikh Permohonan
Permohonan Musaadah Tijariyyah ini dibuka mulai 25 Mac 2021 (Khamis) sehingga 5 April 2021.
Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh memohon secara atas talian (online) melalui laman web MAIWP https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/ atau menerusi kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Makluman Tambahan
- Keputusan yang LAYAK akan dimaklum melalui SMS.
- Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup. Maka permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
- Setiap pemohon yang LAYAK perlu mengikut kursus perniagaan sebelum penyaluran bantuan.
Info dan Pertanyaan
Untuk info terkini dan sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP
Atau melalui
TALIAN HOTLINE
+6011 6254 2728
- Facebook MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq
- Instagram MAIWP: https://www.instagram.com/hqmaiwp/
- Twitter MAIWP: https://twitter.com/maiwphq
- Laman web: https://www.maiwp.gov.my/
- YouTube MAIWP: MAIWP TV
MAIWP juga menyediakn Bantuan Membeli Motosikal bagi Orang Kurang Upaya yang memerlukan.