Friday, March 29, 2024
HomeInfoCara Memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021

Cara Memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2021

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi mereka yang layak bagi mengisi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 secara atas talian.

Biasiswa ini dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh pihak JPA mengikut bidang pengajian.

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui portal JPA.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon perlu membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.

Apa itu Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2021 

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan 
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021. 

Syarat-Syarat Khusus

(i) Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya; 

(ii) Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian; 

(iii) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis. 

Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga. Keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA adalah di kalangan mereka yang:

  1. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan; 
  2. Menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya; dan iii) mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Tarikh Permohonan Dibuka


Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 15 Mac 2021 (Isnin). 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. 

Untuk makluman, ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan hanya perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. 

Borang Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang lengkap tersebut hendaklah dikepilkan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut: 

(i) Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan); 

(ii) Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D); 

(iii) Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti / institusi pengajian; 

(iv) Salinan sijil-sijil / surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan; 

(v) Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di LAMPIRAN F

(vi) Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan; 

(vii) Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. 

Tarikh Tutup Permohonan

Dokumen permohonan yang lengkap seperti di atas hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 9 April 2021 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau melalui pos ke alamat berikut: 

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam 
Bahagian Pembangunan Modal Insan 
Aras 3, Blok C2, Kompleks C 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62510 PUTRAJAYA 
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja dan semua pemohon termasuk ibu bapa pemohon adalah tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. 

Temuduga BYDPA

Pemohon yang memenuhi syarat permohonan dan saringan lanjut oleh pihak JPA sahaja akan disenaraipendek untuk menghadiri temu duga. Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendek menghadiri temu duga. 

Panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/ dan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk sentiasa menyemak maklumat di portal tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara ini. 

Pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga dan membawanya bersama dokumen / sijil asal untuk dokumen sokongan yang dinyatakan di atas semasa menghadiri temuduga. 

Senarai Universiti Tempatan Yang Merangkumi Pelbagai Bidang Pengajian

  1. BIDANG EKONOMI/ UNDANG-UNDANG/ SAINS DAN TEKNOLOGI
BilInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1Universiti Malaya (UM)
2Universiti Sains Malaysia (USM)
3Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4Universiti Putra Malaysia (UPM)
5Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  1. BIDANG KEWANGAN ISLAM
BilInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
3Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
4Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
5Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
6Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
7Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

Senarai Universiti Terkemuka Dunia mengikut Bidang Pengajian

Untuk mengetahui senarai Universiti terkemuka dunia mengikut bidang pengajian, sila lihat pada pautan berikut;

https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/c41ff28643455039b1c097846e9f17f5/Senarai%20Universiti%20Terkemuka%20Dunia%20mengikut%20Bidang%20Pengajian.pdf

Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG

  1. Sila baca dan fahami syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum memohon program ini. Syarat-syarat permohonan boleh dibaca disini.
  2. Penggunaan pelayar web moden versi terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Safari adalah sangat digalakkan.

Pertanyaan tentang BYDPA 2021

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2021 boleh hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau e-mel kepada [email protected]


Bagaimana nak habiskan pengajian Master atau Phd mengikut masa yang ditetapkan?

RELATED ARTICLES

Most Popular