Wednesday, January 22, 2025
HomeInfoSemakan & Permohonan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) PEMULIH

Semakan & Permohonan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) PEMULIH

Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) merupakan antara inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran dibuka mulai pertengahan Julai 2021.

Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.

Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.

Apakah Itu GKP 4.0?

Bagi mereka yang belum tahu apa itu GKP 4.0, 

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & GKP 3.0 berjumlah RM1,000. 

Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali iaitu pada  September sebanyak RM500 dan  November sebanyak RM500 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Apa Perbezaan Antara GKP 1.0, GKP 2.0, GKP Tambahan, GKP 3.0, dan GKP 4.0

  1. GKP 1.0 & GKP 2.0 merupakan inisiatif yang diumumkan di bawah KITA PRIHATIN.
  2. GKP Tambahan merupakan inisiatif yang diumumkan dibawah PERMAI manakala GKP 3.0 pula program di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA+
  3. Sementara GKP 4.0 adalah inisiatif terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah pakej PEMULIH

Siapa Yang layak Menerima Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0?

Mereka yang layak menerima GKP 4.0 adalah sebagaimana berikut;

Layak GKP 4.0 Nilai Bantuan GKP 4.0
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0RM 1,000
Pemohon Baru yang lulus GKP 4.0RM 1,000

Adakah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0? 

Soalan ini sering ditanya oleh penerima GKP 1.0, 2.0 dan 3.0.

Sebagai makluman, penerima sedia ada sebelum ini GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula.

Permohonan Baru Geran Khas Prihatin 4.0 di bawah pakej PEMULIH hanya bagi usahawan dan PKS Mikro yang belum pernah menerima GKP sebelum ini sahaja.

Oleh yang demikian, pemohon sedia ada tidak perlu membuat apa-apa permohonan yang baharu.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapat GKP 4.0?

Penting diingatkan bahawa hanya mereka yang memenuhi syarat berikut yang layak dipertimbangkan kelulusan GKP 4.0

Oleh yang demikian, mereka yang ingin memohon GKP 4.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini;
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; 
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: 
    1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; 
    2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; 
  4. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021.
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Memohon Geran Khas Prihatin?

Cara untuk memohon GKP adalah secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu:

https://gkp.hasil.gov.my

Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin 

Bagi permohonan baharu, tarikh permohonan dibuka pada 15 Julai 2021 (Khamis) sehingga 31 Julai 2021 (Sabtu).

Perlu diingatkan sekali lagi, permohonan GKP ini adalah secara online sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima.

Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan GKP Boleh di Buat?

Kerajaan belum menetapkan lagi tarikh keputusan permohonan ini.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman penerima GKP sebelum ini, pemohon boleh menyemak keputusan permohon mulai 8 haribulan berikutnya. 

Ini bermaksud, jangkaan semakan keputusan permohonan adalah mulai 8 Ogos 2021 di portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my

Tarikh Pembayaran dan Jumlah Bayaran GKP 

Tarikh pembayaran GKP 4.0 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah sebanyak 2 kali iaitu;

Tarikh BayaranJumlah Bayaran
September 2021RM 500
November 2021RM 500

Cara Pembayaran GKP

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. 

Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Peringatan: Sekiranya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 4.0, proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal. Ini  memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Adakah penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 layak memohon GKP 4.0?

Berdasarkan syarat kelayakan, penerima BPR tidak layak memohon GKP.

Oleh yang demikian penerima BPR tidak kayak memohon GKP 4.0. Pihak kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

Join Group Facebook GERAN KHAS PRIHATIN . Ada lebih 80K ahli saling bertukar info GKP.

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2021; https://t.me/bantuanrakyatmy

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Mengenai GKP

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).


Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan perniagaan anda.

Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda. 

Tarikh kemaskini: 14 Julai 2021

Soalan Lazim FAQ Berkaitan Geran Khas Prihatin

Bilakah Tarikh Permohonan GKP 4.0?

15 Julai 2021

Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan GKP 4.0?

Belum dibuka

Bilakah Tarikh Pembayaran GKP 4.0

Tarikh pembayaran GKP 4.0
September 2021 – RM500
November 2021 – 500

Berakah Jumlah Bayaran untuk GKP 3.0?

Jumlah bayaran adalah secara sebanyak RM1,000 yang dibayar 2 kali
September 2021 – RM500.
November 2021 – RM500.

Apakah laman web GKP?

Melalui portal GKP yang disediakan LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Kepada mereka yang memerlukan bekalan barangan dapur, kerajaan menyediakan Bantuan Bakul Prihatin Negara kepada mereka yang terjejas.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular