Saturday, September 30, 2023
HomeInfoBPR 2021 Bujang: Syarat, Permohonan Baru & Kemaskini RM350

BPR 2021 Bujang: Syarat, Permohonan Baru & Kemaskini RM350

Untuk anda yang ingin memohon  BPR 2021 bujang, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diketahui berkaitan proses permohonan baru, syarat, semakan dan kemaskini bagi individu bujang.

Pada Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aiz telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup sebelum ini.

Bagi individu bujang kategori yang berpendapatan RM2,500 ke bawah boleh mengemaskini dan membuat permohonan baru untuk bantuan prihatin rakyat ini.

Oleh yang demikian, anda perlu meneliti  maklumat dan info ini sebelum membuat permohonan agar permohonan anda tidak menjadi masalah dalam sistem BPR.

Apa Itu BPR 2021 Bujang 

BPR 2021 bujang merupakan salah satu kategori Bantuan Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz bagi membantu individu bujang untuk kelangsungan hidup. Sebelum ini ia dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)

[Tarikh] Permohonan Baharu dan Kemaskini BPR 2021  untuk Bujang  

Permohonan baharu dan kemaskini untuk BPR 2021 untuk kategori bujang boleh dibuat 15 Januari 2021 – 25 Februari 2021.

Ia juga bersamaan untuk permohonan baharu kategori isi rumah dan kategori OKU.

Syarat Permohonan Baru BPR Bujang 

Syarat permohonan bagi individu bujang yang ingin memohon adalah sebagaimana berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. 
  2. Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun.

Penerima bagi kategori bujang termasuklah:

• Bujang; atau
• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun 

atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun. 

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima 

Jumlah yang akan diterima ialah RM350 secara dua fasa.

Fasa Pertama = RM150.

Fasa Kedua = RM200.

Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.

Cara Memohon BPR 2021 Bujang

Kemaskini dan Permohonan baharu boleh dibuat melalui tiga cara iaitu;

  1. Secara dalam talian melalui https://bpr.hasil.gov.my
  2. Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my atau melalui pautan berikut https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  3. Hadir ke;
    1. Cawangan LHDNM
    2. Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
    3. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR.

Tarikh Pembayaran BPR 2021 Bujang Fasa 2

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Individu bujang akan menerima antara RM200 hingga RM350 bagi pembayaran fasa ke 2 yang akan mula dibayar pada 7 Mei 2021 (Jumaat).

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai 7-12 Mei 2021. Manaka bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula, tarikh pembayaran adalah selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu mulai 17 Mei 2021.

Permohonan Rayuan BPR Bujang

Bagi mereka yang tidak lulus permohonan BPR kategori bujang, tempoh permohon akan dibuka mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021 (15 Hari) di laman portal Bantuan Prihatin Rakyat.

Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti di laman rasmi media sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu;

Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM 

Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

hotline-BPR

Kami juga akan mengemas kini halaman ini dari masa ke semasa dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.

Tarikh Kemaskini: 4 Mei 2021

Soalan Lazim (FAQ)

Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya layak untuk memohon sebagai isi rumah? 

Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah.

Namun, permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan seperti Jawapan bagi Soalan 2 (Kategori Bujang).

Anak saya berumur 20 tahun dan dikategorikan sebagai OKU kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan BPR 2021? 

Anak berkenaan tidak layak untuk didaftarkan sebagai anak di bawah permohonan BPR 2021 anda.

Walau bagaimanapun, anak berkenaan boleh memohon BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Rujuk Jawapan bagi Soalan 2 (Syarat Kelayakan Kategori Bujang). 

Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 19 tahun. Adakah saya boleh memohon BPR 2021 dengan meletakkan anak saya di Permohonan BPR 2021 saya? 

Tidak. Anda boleh memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan Kategori Bujang)]. 

Anak berkenaan tidak layak didaftarkan sebagai anak di bawah permohonan BPR 2021 anda kerana anak berkenaan boleh memohon BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rujuk Jawapan bagi Soalan 2 (Syarat kelayakan kategori Bujang). 

Saya berstatus Ibu Tunggal yang berumur 50 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja dan pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon BPR 2021 dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan BPR 2021 saya? 

Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan Kategori Bujang). 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini, diberikan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.

RELATED ARTICLES

Most Popular