Dalam usaha mempertingkatkan aplikasi MySejahtera, kerajaan telah membenarkan untuk memasukkan nama ahli keluarga ketika check in menggunakan aplikasi MySejahtera.
Ini bagi memudahkan urusan ketika memasuki premis, kedai atau mengunjungi sesuatu majlis yang menggunakan QR Code MySejahtera.
Hanya menggunakan satu telefon sahaja, urusan seharian akan menjadi lebih mudah.
Ikuti cara mudah ini bagaimana untuk memasukkan nama anak, isteri atau ahli keluarga yang lain ketika check in MySejahtera
Bagaimana Cara Tambah Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk tujuan Check In MySejahtera
Penerangan dan tutorial bergambar ini akan membantu anda lakukan hanya dengan lima langkah.
Langkah Pertama
Buka aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda, kemudian tekan tutup (close) pada bahagian atas kanan.
![[Langkah Pertama] Cara Memasukkan Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk Check In MySejahtera](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Pertama-Cara-Memasukkan-Nama-Anak-atau-Ahli-Keluarga-untuk-Check-In-MySejahtera.jpg?resize=696%2C1361&ssl=1)
Langkah Kedua
Kemudian klik pada bahagian lain-lain (more).
![[Langkah Kedua] Cara Memasukkan Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk Check In MySejahtera.jpg](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Kedua-Cara-Memasukkan-Nama-Anak-atau-Ahli-Keluarga-untuk-Check-In-MySejahtera.jpg.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Langkah Ketiga
Klik pada bahagian Tambah Tanggungan (manage dependents).
![[Langkah Ketiga] Cara Memasukkan Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk Check In MySejahtera.jpg](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Ketiga-Cara-Memasukkan-Nama-Anak-atau-Ahli-Keluarga-untuk-Check-In-MySejahtera.jpg.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Langkah Keempat
Klik pada bahagian Tambah Tanggungan (add dependents) yang terletak di bawah.
*nota – sila tambah tanggungan yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar sahaja.
![[Langkah Keempat] Cara Memasukkan Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk Check In MySejahtera.jpg](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Keempat-Cara-Memasukkan-Nama-Anak-atau-Ahli-Keluarga-untuk-Check-In-MySejahtera.jpg.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Langkah Kelima
Isi semua maklumat yang di minta.
Pada bahagian hubungan, pilih orang yang ingin ditambah tersebut sama ada pasangan (isteri), anak, saudara kandung, ibu, bapa, mentua, datuk, nenek atau penjaga (bibik).
Kemudian klik simpan (save).
Jika ingin tambah lagi nama ahli keluarga, klik pada bahagian Tambah satu lagi (add another).
![[Langkah Kelima] Cara Memasukkan Nama Anak atau Ahli Keluarga untuk Check In MySejahtera.jpg](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Kelima-Cara-Memasukkan-Nama-Anak-atau-Ahli-Keluarga-untuk-Check-In-MySejahtera.jpg.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Cara Check In bersama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera
Apabila anda telah memasukkan nama-nama ahli keluarga sebagaimana tutorial di atas, bagaimana pula cara untuk check in bersama ahli keluarga yang dimasukkan namanya tadi?
Langkah Pertama
Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda dan pilih check in.
![[Langkah Pertama] Cara Check In bersama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Pertama-Cara-Check-In-bersama-Ahli-Keluarga-Dalam-Aplikasi-MySejahtera.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Langkah Kedua
Tandakan ahli keluarga yang ingin di check in bersama. Kemudian klik pada bahagian check in.
![[Langkah Kedua] Cara Check In bersama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera](https://i0.wp.com/theinspirasi.my/wp-content/uploads/2020/10/Langkah-Kedua-Cara-Check-In-bersama-Ahli-Keluarga-Dalam-Aplikasi-MySejahtera.jpg?resize=696%2C1368&ssl=1)
Kelebihan Aplikasi MySejahtera
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
*Nota tambahan – sekiranya sesuatu premis atau kedai tersebut tidak mempunyai QR Code MySejahtera, anda hendaklah menulis kehadiran dalam buku log yang disediakan.
Ini bagi memastikan rekod kehadiran lawatan sekiranya berlaku sesuatu kes covid19 di kawasan berkenaan
Ini cara mudah untuk buat QR Code MySejahtera. Sesuai untuk pemilik premis, restoran, majlis perkahwinan dan sebagainya. Tidak perlu lagi tulis buku log. Selamat dan bersih!
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI