Ini merupakan format atau contoh Surat Pelepasan Bekerja PKPB Untuk Sektor Swasta yang perlu dikeluarkan oleh majikan kepada kakitangan mereka.
Dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kerajaan hanya membenarkan maksimum 10 % pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat yang dihadkan bermula jam 10 pagi sehingga 2 ptg untuk 3 hari seminggu.
Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap
kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.
Oleh yang demikian, pekerja atau kakitangan yang perlu bekerja berdasarkan syarat di atas perlu mendapatkan surat pelepasan perjalanan daripada majikan.
Infografik tentang arahan amalan Bekerja Dari Rumah bagi sektor ekonomi di kawasan-kawasan PKPB
Mungkin ramai yang masih keliru tentang arahan bekerja dari rumah (BDR) / Work From Home (WFM) untuk kakitangan swasta ini?
Siapakah yang perlu bekerja di rumah? Siapa pula yang tidak terikat dengan arahan ini.
MITI telah mengeluarkan satu info grafik ringkas tentang Dasar Bekerja Dari Rumah berdasarkan 10% kakitangan swasta yang terlibat.



Contoh Surat Pelepasan Bekerja Semasa PKPB
Rujukan Kami: AK/005/02/01 Tarikh: 22 Oktober 2020 Kepada sesiapa yang berkenaan, Tuan/Puan, SURAT PELEPASAN BEKERJA SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan kerani di Syarikat Kejuruteraan MIMO Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan untuk industri telekomunikasi dalam pembuatan menara telekomunikasi. Syarikat kami bertanggungjawab dari segi kejuruteraan, pembuatan serta pembinaan menara telekomunikasi yang berpusat di Petaling Jaya. Oleh yang demikian, pemilik surat ini perlu hadir bekerja di syarikat berdasarkan polisi MITI “10 % pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat yang dihadkan bermula jam 10 pagi sehingga 2 ptg untuk 3 hari seminggu” . Maklumat pekerja adalah sebagaimana berikut: Nama: Siti Sofea Khairiyyah Binti Ahmad No KP: 820902055002 Alamat Rumah: No 50, Jalan Medan 10, Taman Medan, 46150 Selangor Hari Bekerja: Isnin, Selasa dan Khamis Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk hadir bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sekian, Terima Kasih Yang Benar Tengku Mokhtar Bin Tengku Ibrahim Pengurus, Syarikat Kejuruteraan MIMO Sdn Bhd No Tel: 0123456789 |
Download Template Contoh Pelepasan Bekerja PKPB Untuk Sektor Swasta
*sila gunakan kepala surat / letterhead syarikat ataupun gunakan cop rasmi syarikat untuk tujuan pengesahan.
Bagi mereka bukan pekerja yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri bagi tujuan kecemasan perlu mengisi borang rentas negeri dan mendapat pengesahan Balai Polis berdekatan. Download borang permit rentas negeri PKPB di sini.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI