Friday, June 24, 2022
HomeKehidupan"Dia Umpama Ayah, Guru dan Kawan". Kini Dua Orang Tokoh Adik Beradik...

“Dia Umpama Ayah, Guru dan Kawan”. Kini Dua Orang Tokoh Adik Beradik Bergandingan Dalam Jumaat Live

Siapa yang tidak kenal dengan dua orang tokoh adik beradik, Dato Mahmood Zuhdi dan Dr Mohamad Kamil. Mereka antara ilmuwan terkenal negara dalam bidang pengajian Islam. 

Mereka punya aura dan kepakaran masing-masing, serta mempunyai ramai anak murid di seluruh negara. 

Dato Mahmood atau panggilan mesra Tok Mud punyai kepakaran dalam Bidang Syariah. Manakala Dr Mohamad Kamil atau panggilan Ustaz Kamil pakar dalam bidang Usuluddin dan Pemikiran Islam. 

Keakraban mereka berdua pernah dinyatakan oleh Ustaz Kamil dalam buku  “70 Tahun Kamil Ab. Majid”. Dato Mahmood umpama abang, ayah, kawan, guru dan kadangkala ibu di sepanjang hidup. 

Mahmood Zuhdi dan Kamil Majid
Dato Mahmood dan Ustaz Kamil pada 2017

Dato Mahmood pernah menjadi Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) selama tujuh tahun dari tahun 1997-2004 selain daripada memegang pelbagai jawatan lain. 

Manakala Ustaz Kamil yang pernah menjadi pensyarah di Akademi Islam  dari tahun 1981 hingga 2016 telah menjawat pelbagai jawatan di API. Antaranya, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin (1987-1990), Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam (1996-2002), Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (2005-2005) dan lain-lain lagi. 

Semenjak mereka bersara, jarang untuk melihat mereka bergandingan bersama dalam majlis-majlis Ilmu. Dato Mahmood menumpukan kerja-kerja dakwah melalui Majlis Dakwah Negara. Manakala Ustaz Kamil aktif dalam Yayasan Usuluddin. 

Namun kini, anda boleh mengikut mereka secara live melalui satu forum yang diberi nama “Jumaat Live” yang disiarkan secara langsung melalui Laman Facebook Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid

Jumaat Live ini pada pada asalnya dikendalikan oleh Dato Mahmood secara sendirian sejak 2018. Namun, atas usaha Dato Mahmood sendiri, beliau menjemput Ustaz Kamil bergandingan membincangkan isu-isu semasa negara dalam bidang dakwah, sosial, pemikiran Islam dan sebagainya. 

Gandingan bersama dua orang tokoh adik beradik ini telah pun memasuki siri yang keempat dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton berdasarkan kupasan terhadap isu-isu semasa yang amat releven dalam masyarakat. 

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dari siri 1 – 4 adalah:

  • Siri 1: Apa sebenarnya Islam Itu 
  • Siri 2: Antara Kebenaran dan Apa yang dilihat sebagai Benar
  • Siri 3: Antara Wahyu dan Akal
  • Siri 4 : Perbezaan Antara Ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam

Untuk siri-siri dan tajuk ini boleh ditonton semula di channel youtube “MAHMOOD ZUHDI” selain daripada puluhan lagi siri Live Dato Mahmood secara sendirian. 

Siri Live dua orang tokoh adik beradik ini dijangka akan dilanjutkan ke beberapa sesi akan datang. Anda boleh follow dan like laman Facebook untuk mendapat makluman terkini. 


Kini pada tahun 2020, Usia Dato Mahmood bakal mencecah 75 tahun, manakala Ustaz Kamil 70 tahun. Pada usia begini, mereka masih aktif untuk aktiviti-aktiviti dakwah dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. 

Melihat kepada usaha dan kesungguhan mereka, diharapkan ia terus menjadi motivasi dan inspirasi kepada  tokoh-tokoh dan ilmuan lain agar gigih dalam usaha-usaha dakwah dan penyampaian ilmu.

*ramai yang salah anggap yang Ustaz Kamil adalah abang dan Dato Mahmood adalah adik.

BACA JUGA: Kat Mana Nak Belajar Secara Talaqqi Hujung Minggu di Kuala Lumpur?
BACA JUGA: Cara Mudah Install Keyboard Jawi Pada Telefon Pintar

Jom Like Page THE INSPIRASI untuk kisah-kisah inspirasi masyarakat dan pelbagai perkongsian tips serta panduan.

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular