Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) telah mengeluarkan direktori Kementerian-kementerian untuk rujukan berkenaan isu-isu Covid-19 dan PKP 3.0.
Ramai yang agak keliru pada masa sekarang berhubung rujukan Kementerian yang berkaitan selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang terkini.
Antaranya ialah tentang surat kebenaran MITI hanya berkuat kuasa sehingga 31 Mei ini sahaja. Bermula 1 Jun 2021, para pekerja perlu menggunakan surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan kementerian masing-masing.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan surat kebenaran bekerja terbaru, perlu merujuk kepada sektor dan Kementerian yang berkaitan. Selain itu juga isu-isu lain berkaitan Covid-19 dan PKP 3.0 boleh dirujuk melalui gambaran grafik yang dikeluarkan oleh MITI ini.
Direktori Kementerian-kementerian Untuk Rujukan Isu Covid-19 dan PKP 3.0

Pertanyaan tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Majis Keselamatan Negara (MKN) |
Pergerakan Individu dan Aduan Awam | Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
Sektor Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / CPRC |
Pertanyaan Am | Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) |
Sektor Pembuatan | Kementerian Perdagangan Antarabangsan dan Industri (MITI) |
Sektor Sumber Manusia | Kementerian Sumber Manusia (KSM/JTK) |

Saringan Ujian Covid-19 | PERKESO |
Sektor Peruncitan Pemborongan dan Pengedaran | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) |
Kawalan Keselamatan Swasta | Kementerian Dalam Negeri (KDN) |
Sektor Tenaga dan Sumber Asli | Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (keTSA) |
Imegresen | Jabatan Imegresen Malaysua (JIM) |
Sektor Pembinaan dan CIDB | Kementerian Kerja Raya (KKR) – Unit Aduan Industri |

Sektor Kebersihan, Keselamatan, Pembinaan dan Pengurusan Strata | Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) |
Sektor Agrikomoditi | Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) |
Sektor Pengankutan dan Logistik | Kementerian Pengangkutan (MOT) |
Sektor Pertahanan | Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) |
Kawalan Sempadan / Keselamatan Negara | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) / Pusat Operasi Pertahanan (POP) |

Sektor Kebudayaan & Kesenian dan Perhotelan | Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) |
Sektor Komunikasi, Teknologi Maklumat, E-Dagang & Industri Kreatif | Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM/MCMC) |
R&D dan Makmal Ujian | Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) |
Sektor PPK, Padi & Beras, Perikanan, Pertanian, Makanan & Penternakan | Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) |
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin | Kementerian Kewangan |
Sukan dan Rekreasi | Kementerian Belia dan Sukan (KBS) |

Taska, Pusat Jagaan Termasuk Warga Emas | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) |
Sektor Pendidikan | Kementerian Pendidikan (KPM) |
Sektor Pengajian Tinggi | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) |
Perkhidmatan Konsular, Protokol dan Operasi | Kementerian Luar Negeri (KLN) |
Premis Makanan | Kementerian Wilayah Persekutuan |
Sektor Alam Sekitar | Kementerian Alam Sekitar (KASA) |

Pengurusan Bencana/Penyelarasan PKRC / Pusat Kuarantin /Program ABC Covid-19 / Penyelarasan JPBN | Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) |
Rukun Tetangga/ Rumah Ibadat Selain Islam serta Pengurusan Pengebumian Selain Orang Islam | Kementerian Perpaduan Negara (KPN) |
Pembangunan Luar Bandar | Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) |
Ar-Rahnu dan Koperasi Kredit | Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi |
Sektor Minyak dan Gas | Petronas |
Institusi Kewangan | Bank Negara Malaysia |
Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin membuat pertanyaan dan rujukan berkenaan isu-isu Covid-19, PKP dan seumpamanya, sila rujuk kementerian dan agensi yang disebutkan di atas bagi memudahkan urusan sepanjang PKP 3.0 ini.
Lihat senarai sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan untuk PKP 3.0