Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 (ISNIN), telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara.
Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM dengan bayaran sebanyak RM500 .
Bantuan ini merupakan inisiatif terbaharu kerajaan kepada peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta lanjutan Geran Khas Prihatin kitaran pertama GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Geran Khas Prihatin 4.0 dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
Apakah Itu GKP 4.0?
Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP diharapkan dapat menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.
Berapakah Jumlah Bayaran dan Kelayakan untuk Geran Khas Prihatin 4.0?
Perdana menteri dalam pengumuman pakej PEMULIH mengumumkan jumbah bayaran adalah sebanyak RM500 kepada penerima yang layak.
Bayaran tambahan RM500 ini juga diberikan kepada penerima GKP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini.
Manakala pemohon yang baru dan diluluskan juga akan menerima bayaran sebanyak RM500.
Ringkasnya, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;
Julai RM500 – untuk penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
Septemper RM500 – Pemohon baru GKP 4.0 yang diluluskan dan penerima sebelum ini.
November RM500 – Pemohon baru GKP 4.0 yang diluluskan dan penerima sebelum ini.
Tarikh Bayaran GKP 4.0
Pertengahan Julai – Tambahan RM500 kepada penerima sebelum ini.
September – RM500 kepada pemohon baru yang lulus dan penerima sedia ada.
Julai – RM500 kepada pemohon baru yang lulus dan penerima sedia ada.
*Tarikh bayaran sebenar akan diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul.
Adakah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 & 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0?
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula.
Pun begitu, bagi bagi mereka yang belum pernah menerima GKP mereka perlulah membuat permohonan baharu di portal Geran Khas Prihatin (GKP)
Tarikh Permohonan GKP 4.0 Untuk PKS Yang Baharu
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti.
Cara Memohon Geran Khas Prihatin?
Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my
Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.
Syarat Kelayakan untuk Memohon GKP 4.0
Mereka yang memohon perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM); atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan GKP
Memandangkan tarikh permohonan GKP 4.0 belum dibuka, tarikh keputusan permohonan juga belum diumumkan kerajaan.
Pun begitu, pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak di laman portal GKP https://gkp.hasil.gov.my
Tarikh ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Cara Pembayaran GKP
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank mestilah aktif.
Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Tarikh Kemaskini: 28 JUN 2021
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.